Keputusan Tinju Mayweather Vs Pacquiao 3 Mei 2015 - Qiss.me

Keputusan Tinju Mayweather Vs Pacquiao 3 Mei 2015

Keputusan Perlawanan Tinju Mayweather Vs Pacquiao 3 Mei 2015. Perlawanan melibatkan ikon tinju Filipina, Pacquiao menentang petinju Amerika Syarikat, Mayweather yang telah disiarkan secara langsung dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas di Astro melalui HBO baru berakhir sebentar tadi. Pertembungan kedua-dua juara tinju ini telah menempa sejarah dengan anggaran kutipan mencecah $400 juta (kira-kira RM1.4 bilion). Pertarungan terbesar abad ini menghadiahkan AS$180 juta (RM646 juta) serta bengkung kejuaraan yang memiliki 3,000 butir zamrud.

Keputusan pertarungan 'Blockbuster' ini menyaksikan Floyd Mayweather, 38 tahun memenangi perlawanan dengan keputusan sebulat suara dari pengadil selepas mengharungi 12 pusingan. Keputusan ini membolehkan Mayweather yang mempunyai pertahanan yang baik mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang karier beliau kepada 48 - 0 pertarungan dengan 26 secara TKO.  

Dalam pertarungan hari ini, juri dan pakar menyatakan Mayweather sebagai pemenang menerusi kiraan mata dengan dua juri memberi jumlah mata 116-112 manakala juri ketiga memberi mata 118-110, kedua-duanya menyebelahi Mayweather.


Kekalahan Pacquiao pula menjadikan rekod kekalahan beliau kepada 6 pertarungan walaupun kekalahan kali ini adalah kekalahan terhormat beliau disebabkan persembahan yang bertenaga dan agresif. Meskipun tewas dalam perlawanan welterweigh yang diatur sejak lima tahun lalu itu, namun Pacquiao atau Pacman dari Filipina tetap meraih wang perkongsian perlawanan sebanyak AS$120 juta (RM431 juta).
Mayweather Vs Pacquiao 3 Mei 2015
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan Tinju Mayweather Vs Pacquiao 3 Mei 2015"

Post a Comment