Keputusan Terkini JDT Vs Felda United Liga Super 3 Mei 2015 - Qiss.me

Keputusan Terkini JDT Vs Felda United Liga Super 3 Mei 2015

Keputusan Terkini JDT Vs Felda United Liga Super 3 Mei 2015. Perlawanan Liga Super di antara JDT dan Felda United malam ini, 3 Mei 2015, di jangka menarik kerana kedudukan pasukan yang sangat rapat setakat ini. JDT di bawah jurulatih baru, Mario Gomez pasti mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Larkin yang dijangka penuh sesak. Difahamkan tiada siaran langsung perlawanan akan disiarkan di kaca TV anda. Namun, keputusan terkini JDT dan Felda United akan dikemaskini dari masa kesemasa di sini.

Jika dilihat dari kedudukan terkini Liga Super, JDT kini berada di kedudukan keenam dengan 15 mata manakala Felda United di tangga keempat dengan 17 mata. Kemenangan oleh salah satu pasukan membolehkan mereka berada di puncak Liga buat seketika sementara menanti perlawanan terakhir sebelum cuti panjang iaitu diantara Perak dan Pahang pada 5 Mei 2015. 
result JDT Vs Felda United Liga Super 3 Mei 2015
Berikut adalah keputusan terkini perlawanan JDT vs Felda United, 3 Mei 2015 :-

JDT 1 - Patito Rodriquez min 45 (PEN)

FELDA UNITED 0 
* Gol perlawanan JDT vs Felda United klik Gol
JDT kini menduduki tangga kedua carta Liga Super 2015


Kesebelasan Utama 
JDT: Farizal Marlias, Marcos Antonio, Aidil Zafuan (C), Safiq Rahim, Patricio Rodríguez, S. Kunanlan, Hariss Harun, Amri Yahyah, Luciano Figueroa, Junior Eldstàl, Fadhli Shas

FELDA: Mohd Farizal Harun, Shahrul Mohd Saad, Bojan Miladinovic, Makeche Ndumba, Zah Rahman Krangar, Ahmad Syamim Yahya, Muhammad, Shukor Adan (C), Mohd Aizul Ridzwan Razali, Md Firdaus Faudzi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Hadin Azman

Carta Kedudukan Terkini Liga Super 3 Mei 2015
Carta Terkini Liga Super 3 Mei 2015

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan Terkini JDT Vs Felda United Liga Super 3 Mei 2015"

Post a Comment