Istiadat Pertabalan Sultan Perak 2015 Ke 35 - Qiss.me

Istiadat Pertabalan Sultan Perak 2015 Ke 35

Istiadat Pertabalan Sultan Perak 2015 Ke 35. Istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 bermula secara rasmi hari ini menerusi pengisytiharan Istiadat Meletak Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah di sini. Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di hadapan Panca Persada yang terletak di perkarangan Istana Iskandariah. Pengisytiharan itu dibuat kira-kira jam 9.50 pagi disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Upacara pada pukul 9.45 pagi itu bermula sebaik keberangkatan tiba Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak 2015 Ke 35
Ia diikuti dengan ketibaan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan isteri, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim; Raja Kecil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah, Raja Nazira Safya Sultan Nazrin Shah dan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Acara bermula dengan Orang Kaya-kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Ir. Mohamad Othman Zainal Azim yang dipanggil mengadap Sultan Nazrin bagi memulakan majlis.

Ia diikuti dengan bacaan doa oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Baginda kemudian melafazkan titah sebagai simbol Istiadat Meletak Kerja Pertabalan.

"Beta dengan ini mengisytiharkan Istiadat Meletak Kerja Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35 dimulakan.

"Berikutan dengan ini, bermulalah segala persiapan untuk mengendalikan upacara-upacara sempena istiadat pertabalan beta," titah baginda.

Sebaik selesai bacaan doa, paluan nobat dilakukan serentak dengan tembakan meriam sebanyak 17 das. Istiadat Meletak Kerja itu diakhiri dengan majlis kenduri arwah disertai kerabat diraja, pembesar negeri dan orang kenamaan - BH online & Kosmo


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Istiadat Pertabalan Sultan Perak 2015 Ke 35"

Post a Comment