Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba - Qiss.me

Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba

Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba. Nahas di Lebuhraya Duke pada awal pagi semalam yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan telah menjadi viral di laman sosial. Walau bagaimanapun, dua pemandu kereta Myvi yang dilaporkan menjadi punca kemalangan itu hanya mengalami  cedera ringan selain seorang lagi rakan mereka yang tidak mengalami kecederaan.

Punca kemalangan maut nahas membabitkan tiga buah kenderaan Myvi dan Pajero Sport di Km 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kini sedang menunggu siasatan sepenuhnya daripada pihak polis.


“Menurut pihak polis seperti dilaporkan berita terkini di Astro Awani, siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Setiawangsa jelas menunjukkan bahawa kereta-kereta Myvi tersebut dipandu dengan laju seperti sedang berlumba di lebuh raya tersebut,”
rakaman cctv kemalangan duke
Pihak polis telahpun menahan dua orang untuk membantu siasatan selain mendapatkan keterangan daripada lima orang saksi.

Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba








Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Video Rakaman CCTV Bukti Pemandu Myvi Seperti Berlumba"

Post a Comment