Keputusan Terkini Piala FA 9 Mei 2015 Separuh Akhir Pertama - Qiss.me

Keputusan Terkini Piala FA 9 Mei 2015 Separuh Akhir Pertama

Keputusan Terkini Piala FA 9 Mei 2015 Separuh Akhir Pertama. Dua perlawanan peringkat Separuh Akhir Pertama Piala FA 2015 akan berlangsung malam ini. Pahang akan menanti kunjungan jiran, Kelantan di Stadium Darul Makmur manakala Lions XII akan menjadi tuan rumah kepada Terengganu pada jam 745 malam di Stadium Jalan Besar. Perlawanan kedua dijadualkan akan berlangsung pada 16 Mei 2015 dan final Piala FA 2015 pula pada 23 Mei 2015.

Jika dilihat pada prestasi semasa, Pahang dianggap favourite untuk layak ke final manakala perlawanan di antara Terengganu dan Lions XII dianggap seimbang. Terengganu mempunyai kelebihan kerana beraksi perlawanan kedua di Kuala Terengganu.
Piala FA 9 Mei 2015 Separuh Akhir Pertama
Perlawanan Pahang dan Kelantan akan disiarkan secara langsung di RTM TV1 pada jam 845 malam. Difahamkan perlawanan di antara Lions XII dan Terengganu akan disiarkan secara tertunda di TV9 pada jam 900 malam.

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan Piala FA 2015 Separuh Akhir Pertama 9 Mei 2015 :-

JADUAL SEPARUH AKHIR PERTAMA (Sabtu - 9 Mei 2015)
PAHANG mln KELANTAN Std Darul Makmur, 8.45 mlm
1 - 0 (Matias Conti min 2)

LIONS XII mln TERENGGANU Std Jalan Besar, 7.45 mlm
2 - 1 (Lions Xii - Khairul Nizam min 30, Faris Ramli min 34 & TER - Gustavo Fabian Lopez min 40)
SEPARUH AKHIR KEDUA (Sabtu - 16 Mei 2015) 
KELANTAN mln PAHANG Std Sultan Muhammad IV, 8.45 mlm
TERENGGANU mln LIONS XII Std Sultan Ismail Nasiruddin, 8.45 mlm


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan Terkini Piala FA 9 Mei 2015 Separuh Akhir Pertama"

Post a Comment