Biodata Elena Hani Eleas Isteri Fahrin Ahmad - Qiss.me

Biodata Elena Hani Eleas Isteri Fahrin Ahmad

Biodata Elena Hani Eleas Isteri Pelakon Fahrin Ahmad. Tahniah kepada Fahrin Ahmad, 36, pelakon dan pengacara yang  akhirnya sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi Sabtu, 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Teka teki siapa bakal isteri Fahrin akhirnya terjawab apabila beliau memilih Elena Hani, seorang pramugari Emirates Airlines berpengkalan di Dubai. Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh Ustaz Shahriman Ali Pitchay selaku Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan yang indah dan meriah ini dihadiri oleh kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Fahrin dan Elena serta wakil media. Pernikahan Fahrin dan Elena berlangsung dengan cara yang bukan kebiasaan perkahwinan Melayu lain. Dalam majlis pernikahan beliau, tiada wang dan barang hantaran bertukar tangan. Seperti yang dipersetujui kedua-dua keluarga, hanya mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin diberikan untuk pasangan pengantin.

Elena Hani Eleas Isteri Fahrin Ahmad

Fahrin dan Elena pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Fahrin merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA dan kini telah lebih 13 tahun berkecimpung dalam dunia seni tempatan sebagai pelakon, pengacara dan penceramah.

Elena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheng & Ariff di Kuala Lumpur selama lima tahun sebelum memilih tugas sebagai seorang pramugari di Emirates Airlines.

Berikut adalah serba sedikit biodata Elena Hani Eleas, isteri Fahrin Ahmad :-
Nama Penuh :  Elena Hani Binti EleasUmur : 37 tahunAsal : JohorKerjaya : Pramugari Kanan Emirates AirlinesTinggal : DubaiLaman Twitter : https://twitter.com/elenaeleas
 
Tahniah sekali lagi kepada Fahrin Ahmad dan Elena Hani Eleas, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah.
 

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Biodata Elena Hani Eleas Isteri Fahrin Ahmad"

Post a Comment