Siapa Bakal Isteri Pelakon Fahrin Ahmad ?. Pelakon popular, Fahrin Ahmad mengesahkan akan melangsungkan pernikahan pada 9 Mei 2015, Sabtu ini di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Fahrin menamatkan teka teki dan tanda tanya mengenai jemputan yang dilayangkan berhubung majlis hari ini.
Dipetik dari mStar online, Fahrin, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal isteri yang bakal dikahwininya itu sehinggalah pada hari pernikahannya nanti. Fahrin memberitahu gadis pilihannya hanya orang biasa dan hanya akan diperkenalkan pada hari pernikahan nanti. Dan bakal isteri Fahrin adalah bukan di kalangan selebriti.
Terkini 9 Mei 2015
Teka-teki siapa bakal isteri pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 36, terjawab pagi ini 9 Mei 2015 apabila beliau sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas, 36, dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Fahrin memilih Elena Hani, seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan.
Walaupun tidak mendedahkan wanita yang dinikahinya itu, Fahrin berkata dia sudah pun mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu.
"Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.
"Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.
"Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya," ujarnya.

0 Orang Menanggapi Artikel "Siapa Bakal Isteri Pelakon Fahrin Ahmad ?"
Post a Comment