Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015 - Qiss.me

Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015

Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015. Ops Warta bagi mengesan individu yang mempunyai 1.59 juta waran tangkap yang belum diselesaikan pada pertengahan Mei depan akan dilancarkan oleh Polis. Sehubungan itu, seperti dipetik dari BH Online, pesalah trafik diberi tempoh dua minggu mulai 5 Mei untuk menyemak dan menyelesaikan saman mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata selepas tempoh dua minggu itu polis akan melakukan operasi sekatan jalan raya dan tangkapan terhadap individu di seluruh negara, termasuk pergi ke premis mereka bekerja. 
"Kita mempunyai senarai penuh nama dan alamat pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap, selain nama mereka juga sudah diserahkan kepada ketua trafik daerah seluruh negara bagi membantu mengesan mereka sebelum dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media mengenai Ops Warta di Bukit Aman, hari ini.
Ops Warta mei 2015
Fuad berkata, semua balai trafik di seluruh negara akan dibuka bagi memberi kemudahan kepada individu yang ingin menyemak atau menyelesaikan saman dengan masa operasi dilanjutkan sehingga 10 malam.


Saman juga boleh disemak secara online. klik Semakan Saman Trafik, JPJ & AES Online.

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Ops Warta Buru Pesalah Trafik Bermula Pertengahan Mei 2015"

Post a Comment