Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam - Qiss.me

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam. Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 14 (MAPPA XIV) 2015 sedang berlangsung pagi ini dan terdapat beberapa pengumuman penting yang akan di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang pasti ditunggu-tunggu oleh kakitangan awan terutamanya bonus Hari Raya 2015. Untuk makluman, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dengan tema "Mendepani Realiti Baharu Negara 2015 diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17hb Jun 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

Amanat oleh : YAB Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam

Berikut di antara amanat dan butiran pengumuman penting yang telah di buat oleh PM pagi ini :-
  • Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Hari Raya 2015 untuk Kakitangan Awam (Gred 54 dan ke bawah) sebanyak RM500 dan RM250 untuk pesara kerajaan (penerima pencen)
  • Tarikh Bayaran 25 Jun 2015 
  • Kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan naik daripada RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov 2015
  • Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bonus Hari Raya 2015 Kakitangan Awam"

Post a Comment