Video Kemalangan Ngeri Pelumba Zamri Baba Di Indonesia 7 Jun 2015 - Qiss.me

Video Kemalangan Ngeri Pelumba Zamri Baba Di Indonesia 7 Jun 2015

Video Kemalangan Ngeri Pelumba Zamri Baba Di Indonesia 7 Jun 2015. Mari kita sama-sama berdoa akan kesihatan dan keadaan pelumba motosikal Malaysia iaitu Muhammad Zamri Baba bertambah baik selepas kemalangan di Litar Sentul Indonesia semalam. Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan yang Zamri Baba terlibat kemalangan semasa Perlumbaan 1 600cc SuperSports di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada Ahad 7 Jun 2015.

Menurut kenyataan itu, FIM berkata Muhammad Zamri, 31, yang mewakili MuSASHI Boon Siew Honda Racing dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas terbabas semasa Pusingan 2 Kejohanan Perlumbaan Motosikal FIM Asia Road 2015 pada Ahad.

Pelumba Zamri Baba Kemalangan Di Indonesia 7 Jun 2015
Zamri Baba
Muhammad Zamri segera dikejarkan ke hospital, sepuluh minit dari litar dan beliau kini masih berada di Unit Jagaan Rapi (ICU). Pengurusan Musashi Boon Siew Honda Racing juga telah menerbangkan ahli keluarga Zamri untuk berada bersama dengan pelumba itu. Pada pusingan kelayakan (Sabtu) Zamri menguasai kedudukan di petak pertama dengan catatan masa 1'29.984s.

Berikut adalah video kemalangan ngeri Zamri Baba di Litar Sentul Indonesia 7 Jun 2015


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Video Kemalangan Ngeri Pelumba Zamri Baba Di Indonesia 7 Jun 2015"

Post a Comment