Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2015 - Qiss.me

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2015

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2015 / 1436H. Umum sedia maklum yang umat Islam di Malaysia akan memulakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan iaitu rukun Islam yang ketiga pada bulan Jun 2015 nanti. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh melihat anak bulan Ramadan 2015 bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa 16 Jun 2015 bersamaan dengan 29 Syaaban 1436 Hijrah.  

Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.  
Lihat Anak Bulan Ramadhan 2015
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,"

Berikut adalah tempat melihat anak bulan di seluruh Malaysia pada 16 Jun 2015:-
  1. Pontian Kecil, Pontian (Johor)
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka)
  3. Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor)
  5. Bukit Jugra, Banting (Selangor)
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
  11. Menara Alor Setar (Kedah)
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
  13. Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu)
  14. Pulau Perhentian, Besut (Terengganu)
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
  16. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan)
  17. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan)
  18. Tanjong Lubang, Miri (Sarawak)
  19. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  20. Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  21. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
  22. Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang)
  23. Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
  24. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
  25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)
  26. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  27. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya)
  28. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 



Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2015"

Post a Comment