Johor Dipilih Tuan Rumah SUKMA 2020 Edisi Ke 20 - Qiss.me

Johor Dipilih Tuan Rumah SUKMA 2020 Edisi Ke 20

Johor Dipilih Tuan Rumah SUKMA 2020 Edisi Ke 20. Tahniah kepada Perak dan Johor kerana dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA), masing-masing pada tahun 2018 dan tahun 2020, demikian diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Jawatankuasa Tertinggi Sukma meluluskan permohonan daripada Perak untuk menjadi tuan rumah edisi ke-19 dan Johor untuk SUKMA 2020 edisi ke-20 (Johor kali terakhir menganjurkan SUKMA pada tahun 1992), katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Majlis Sukan Negara (MSN), di Kuala Lumpur hari ini. 

Untuk makluman, Sarawak akan menjadi tuan rumah edisi ke-18 dari 22 hingga 31 Julai 2016 tahun depan. Sejumlah 24 jenis sukan (19 sukan teras dan lima sukan pilihan) akan dipertandingkan di tiga lokasi utama iaitu Kuching, Miri dan Sibu. Jenis sukan yang akan dipertandingkan ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, gimnastik, hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, perahu layar, sepak takraw, skuasy, taekwondo, tenpin boling dan wushu serta lima sukan pilihan iaitu bola tampar, golf, petanque, tenis dan tinju.  
Johor SUKMA 2020 Edisi Ke 20
"Miri dan Sibu masing-masing akan menjadi tuan rumah kepada dua jenis sukan dan selebihnya berlangsung di Kuching dan kawasan di sekitarnya seperti Kota Samarahan, Petrajaya dan sebagainya," kata Khairy. 

Mengenai kemudahan venue di Sarawak, beliau berkata pembinaan pusat akuatik yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri kini sudah 70 peratus siap dan lain-lain venue hanya memerlukan kerja-kerja penambahbaikan. Selain mengenai aspek tuan rumah, mesyuarat tersebut juga membincangkan beberapa pindaan dalam peraturan am Sukma. Antaranya ialah mahu Sukan Malaysia diadakan untuk tujuan pembangunan sukan dan juga untuk atlet-atlet pelapis. "Sebagai contoh, untuk sukan sepak takraw sebelum ini membenarkan dua atlet kebangsaan mewakili mana-mana negeri. 

Memandangkan falsafah SUKMA ini untuk pembangunan dan atlet pelapis, kita bersetuju untuk temasya yang akan datang hanya seorang pemain kebangsaan sahaja dibenarkan untuk mana-mana negeri," katanya. Mengenai pendaftaran atlet, Khairy berkata jawatankuasa itu juga akan memperkenalkan beberapa lagi pindaan pendaftaran yang diharapkan dapat menjelaskan dengan lebih telus cara bagaimana atlet itu didaftar dengan memberi tempoh masa yang sesuai sebelum SUKMA. "Dengan cara ini diharap tidak akan timbul lagi isu memancing atlet. Satu Mesyuarat Wakil Pendaftaran (DRM) akan bermesyuarat sebelum temasya berlangsung bagi mengelakkan negeri-negeri memancing atlet dari negeri lain atau pertindihan pendaftaran," katanya. - BERNAMA
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Johor Dipilih Tuan Rumah SUKMA 2020 Edisi Ke 20"

Post a Comment