Berita Terkini Dua Orang Diculik Di Sandakan Sabah 14 Mei 2015 - Qiss.me

Berita Terkini Dua Orang Diculik Di Sandakan Sabah 14 Mei 2015

Berita Terkini Dua Orang Diculik Di Sandakan Sabah 14 Mei 2015. Dua individu dilaporkan diculik oleh 4 lelaki bersenjata yang ada kaitan dengan Kumpulan Abu Sayyaf di sebuah restoran popular di Sandakan, Sabah pada Khamis 14 Mei 2015. Pengarah ESSCOM Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan perkara ini dan berkata beliau menerima laporan itu pada pukul 8 malam. Beliau juga berkata semua aset telah dikerahkan dan mengetatkan kawalan perairan di daerah-daerah. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman secara ringkas berkata laporan polis sedang dalam proses. Bagi masa pada saya untuk dapatkan fakta yang betul,” katanya ringkas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata,
seorang lelaki dan wanita diculik di Sandakan, Sabah pada pukul 7.40 malam ini dipercayai didalangi kumpulan Muktadil Brothers. Kejadian berkenaan berlaku di restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi.

Katanya, mangsa culik berkenaan ialah pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, yang merupakan adik ipar kepada pemilik restoran, Chung Yan Tsim  dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39.

kes culik di sandakan 2015
Kejadian dipercayai berlaku ketika pertukaran waktu bertugas polis. Bot yang digunakan suspek dipercayai menghala ke Filipina. Buat masa ini, PDRM telah mengepung perairan timur laut Sabah. Zahid turut memberitahu pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada polis Filipina - Utusan  online & Astro Awani


Terkini
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dipetik dari BH online menyatakan yang semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati penculikan itu berlaku pada jam 7.26 malam

"Semua suspek datang dari arah tangga sisi belakang restoran dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan. Kedua-dua mangsa ditarik secara paksa,

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Dua Orang Diculik Di Sandakan Sabah 14 Mei 2015"

Post a Comment