Tarikh PRK Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang - Qiss.me

Tarikh PRK Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang

Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan ketiga-tiga tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK itu di Putrajaya. 

Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Hari Pengundian - 7 Mei 2015
Hari penamaan calon - 25 April 2015 

PRK Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Pengundian awal - 3 Mei 2015

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Pada 16 Mac lalu, Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan 10 Mac lalu kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka - BH online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Tarikh PRK Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang"

Post a Comment