Panduan Dan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015 - Qiss.me

Panduan Dan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015

Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016 - Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2015/ 2016 telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-

CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2015
Terdapat tiga ketegori rayuan Tingkatan 6 2015 iaitu :-

1. BORANG T6BKK - untuk MURID  SEKOLAH  BANTUAN  KERAJAAN yang  hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2015 kecuali MBK.
Anda boleh download borang rayuan di T6BKK

2. BORANG T6BCP - untuk CALON   PERSENDIRIAN, SEKOLAH   SWASTA & SEKOLAH  MENENGAH  AGAMA  NEGERI yang  memohon  memasuki  Tingkatan  Enam Tahun 2015 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

3. BORANG T6BRTJ - untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak
membuat rayuan tukar jurusan Tingkatan Enam Tahun 2015


* Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang, sila klik Rayuan Tingkatan 6
Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015

PANDUAN MENGISI BORANG 
1. Borang  ini  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan seperti berikut:
i. Keputusan peperiksaan SPM 2014
ii. Sijil kelahiran,
iii. Kad pengenalan/passport
iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.


2. Borang  ini  hendaklah  dikembalikan  kepada Pengetua  sekolah  asal.    Pengetua    sekolah bertanggungjawab  mengemukakan  semua  borang  rayuan  murid  kepada
Bahagian  (kecuali Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah    Menengah  Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
 
3. Tarikh  tutup  permohonan  ialah  pada 4 Jun 2015.  Permohonan  yang  lewat  tidak
akan dipertimbangkan.
 
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang
telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana
mata pelajaran lain;
iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am - Syarat kemasukan Tingkatan 6 tahun 2015 Klik di Syarat AM ; dan
iv. Mendapat  sokongan  penuh  daripada  Pengetua  sekolah  dan  perakuan  rekod  disiplin
yang baik
 
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
 
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 4 Jun 2015.
 
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 25 Jun  2015 dan selewat-lewatnya  dalam  tempoh  
7 hari  bekerja.  Sekiranya  calon  tidak  melapor  diri  dalam  tempoh  yang  ditetapkan,  calon dianggap sebagai menolak tawaran.
 
8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Panduan Dan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015"

Post a Comment