Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 - Qiss.me

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019

Keputusan Undian Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019. Laluan sukar menanti skuad Harimau Malaya selepas tamat undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Keputusan undian meletakkan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama dua kuasa besar bolasepak Asia iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Pasukan lain dalam kumpulan sama adalah Palestin dan Timor-Leste, dua pasukan yang memiliki ranking yang lebih baik dari Malaysia. Walau pun tiada Jepun, Korea Selatan atau Australia dalam kumpulan Malaysia, misi layak ke Piala Dunia dan Piala Asia memang nampak mustahil kecuali persembahan skuad Dollah Salleh mampu mencipta kejutan.
Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019
Undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 kali ini membabitkan 40 pasukan dengan Malaysia yang menghuni ranking ke-164 dunia berada dalam Balang Lima bersama Hong Kong, Bangladesh, Yaman, Guam, Laos, Kemboja dan Taiwan.

Daripada lapan pasukan yang berada dalam Balang A, UAE berada di ranking kelima terbaik Asia di kedudukan ke-68 dunia manakala Arab Saudi di Balang B menghuni ranking ke-95 dunia. Palestin pula berada di ranking ke-140 dunia berada dalam Balang Tiga dengan Timor-Leste di kedudukan ke-152 dunia di Balang Empat. 


Juara kumpulan dan empat pasukan terbaik iaitu 12 pasukan akan melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2019 dan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018. Dua puluh empat pasukan terbaik seterusnya akan bersaing untuk merebut baki 12 tiket ke Piala Asia yang berlangsung di UAE pada tahun berikutnya. 

Berikut adalah keputusan undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 :-
  • Group A: 1. UAE 2. Saudi Arabia 3. Palestine 4. Timor-Leste 5. Malaysia 
  • Group B: 1. Australia 2. Jordan 3. Tajikistan 4. Kyrgyzstan 5. Bangladesh
  • Group C: 1. China 2. Qatar 3. Maldives 4. Bhutan 5. Hong Kong
  • Group D: 1. Iran 2. Oman 3. India 4. Turkmenistan 5. Guam
  • Group E: 1. Japan 2. Syria 3. Afghanistan 4. Singapore 5. Cambodia
  • Group F: 1. Iraq 2. Vietnam 3. Thailand 4. Indonesia 5. Chinese Taipei
  • Group G: 1. Korea Republic 2. Kuwait 3. Lebanon 4. Myanmar 5. Laos
  • Group H: 1. Uzbekistan 2. Bahrain 3. Philippines 4. DPR Korea 5. Yemen
Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019
Jadual Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019
Matchday 1 – June 11, 2015 = 3 v 2 and 5 v 4
Matchday 2 – June 16, 2015 = 4 v1 and 5 v 3
Matchday 3 – September 3, 2015 = 1 v 5 and 2 v 4
Matchday 4 – September 8, 2015 = 5 v 2 and 3 v1
Matchday 5 – October 8, 2015 = 4 v 3 and 2 v 1
Matchday 6 – October 13, 2015 = 2 v 3 and 4 v 5
Matchday 7 – November 12, 2015 = 1 v 4 and 3 v 5
Matchday 8 – November 17, 2015 = 5 v 1 and 4 v 2
Matchday 9 – March 24, 2015 = 2 v 5 and 1 v 3
Matchday 10 – Match 29, 2015 = 3 v 4 and 1 v 2


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019"

Post a Comment