Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan Mei 2015 - Qiss.me

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan Mei 2015

Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Mei 2015. Menjelang bermulanya bulan baru, harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mei 2015 akan diumumkan. Kebiasaannya, pengumuman akan di buat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada hari terakhir setiap bulan iaitu selepas pukul 800 malam pada 30 April 2015. Untuk makluman, Malaysia telah melaksanakan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel bermula pada 1 Disember 2014. Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Untuk Mei 2015, harga RON 95, RON 97 dan Diesel dijangka akan naik seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.
Harga Minyak terkini Mei 2015

Jadual Terkini Harga Minyak Petrol Dan Diesel Setiap Bulan.
Harga bulan Mei 2015 kekal pada paras semasa dan tidak berubah seperti diumumkan oleh KPDNKK pada 30 April 2015. Dan untuk bulan ketiga berturut-turut harga petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei 2015
Bulan Harga Petrol RON95 (RM/liter) Harga Petrol RON97 (RM/liter) Harga Diesel (RM/liter)
Mei 2015

1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
April 2015 1.95 2.25 *  termasuk 6% GST 1.95
Mac 2015 1.95 2.25 1.95
Februari 2015 1.70 2.00 1.70
Januari 2015 1.91 2.11 1.93
Disember 2014 2.26 2.46 2.23

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan Mei 2015"

Post a Comment