Baca Novel Suami Aku Ustaz Online - Qiss.me

Baca Novel Suami Aku Ustaz Online

Baca Novel Suami Aku Ustaz Secara Online. Filem Suami Aku Ustaz yang diadaptasi dari novel nukilan Hannah Dhaniyah dan Penerbitan Karyaseni. Suami Aku Ustaz diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan akan menemui penonton di pawagam bermula pada 14 Mei 2015. Pelakon utama adalah Adi Putra yang membawa watak sebagai Ustaz Hafiz manakala heroinnya adalah Nora Danish sebagai Alisa. Pelakon lain filem ini adalah seperti berikut :-

Izzue Islam sebagai Johan
Betty Rahmad sebagai Wati
Jue Aziz sebagai Cikgu Liana
Liza Abdullah sebagai Mak Alisa
Razak Ahmad sebagai Ayah Alisa
Kamaliah Mat Don sebagai Umi Ustaz Hafiz

Penampilan khas
Norman Hakim sebagai Pegawai Polis
suami aku ustaz

Sinopsis Filem - Suami Aku Ustaz 
Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015


Bagi yang berminat untuk membaca novel ini anda boleh membeli secara online Klik Suami AKu Ustaz. Anda juga boleh membaca Novel Suami Aku Ustaz secara online di link di bawah ini.

Berikut adalah Sinopsis dari kulit novel Suami Aku Ustaz

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

BACA NOVEL SUAMI AKU USTAZ SECARA ONLINE
SUAMI AKU USTAZ Sinopsis
SUAMI AKU USTAZ Episod 1

SUAMI AKU USTAZ Episod 2
SUAMI AKU USTAZ Episod 3 & 4
SUAMI AKU USTAZ Episod 5 & 6
SUAMI AKU USTAZ Episod 7 & 8
SUAMI AKU USTAZ Episod 9 & 10
SUAMI AKU USTAZ Episod 11 & 12
SUAMI AKU USTAZ Episod 13 & 14
SUAMI AKU USTAZ Episod 14 & 15
SUAMI AKU USTAZ Episod 16 & 17
SUAMI AKU USTAZ Episod 18 & 19
SUAMI AKU USTAZ Episod 20
SUAMI AKU USTAZ Episod 21
SUAMI AKU USTAZ Episod 22
SUAMI AKU USTAZ Episod 23
SUAMI AKU USTAZ Episod 24
SUAMI AKU USTAZ Episod 25
            
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Baca Novel Suami Aku Ustaz Online"

Post a Comment