Gangguan Bekalan Air Di JB Dan Kota Tinggi April 2015 - Qiss.me

Gangguan Bekalan Air Di JB Dan Kota Tinggi April 2015

Gangguan Bekalan Air Di JB Dan Kota Tinggi April 2015. Dipetik dari FB Setitis YANG Bermakna memaklumkan akan berlakunya gangguan bekalan air di dia daerah di Johor iaitu daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi. Telah berlaku beberapa kali gangguan bekalan air di Johor sejak awal tahun 2015 ini. Dan kini yang terbaru akan dianggarkan kira-kira 215,000 pengguna dari dua daerah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air sejak petang semalam dan Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) tidak pasti bila ia akan berakhir. 

Untuk makluman, Loji Rawatan air (PUB) masih lagi tidak dapat beroperasi.
Pihak kami akan memaklumkan seterusnya situasi semasa.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi SAJiC di Talian 1800 88 7474.

Pengguna yang dihormati,
Dimaklumkan Loji Rawatan Air Tai Hong kendalian Public Utilities Board (PUB) di Kota Tinggi telah ditutup operasinya jam 3.30 petang tadi. Situasi ini menyebabkan pihak SAJ Holdings tidak menerima bekalan air terawat secara normal untuk diagihkan kepada penduduk di sebahagian kawasan bandar Kota tinggi, Ulu Tiram dan sebahagian di kawasan Johor Bahru. Penduduk di kawasan terbabit dijangka akan mengalami gangguan bekalan air. Info terperinci tentang kawasan yang terlibat akan dimaklumkan kelak. Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SAJ Info Center di Talian 1800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 dan emel di customer.care@saj.com.my
Gangguan Bekalan Air Di Johor
Ketua Komunikasi Korporatnya, Jamaluddin Jamal, berkata gangguan itu berikutan penutupan Loji Rawatan Air Tai Hong yang dikendalikan Public Utilies Board (PUB) di Kota Tinggi, sejak 3.30 petang semalam. Beliau berkata, penutupan loji itu mungkin disebabkan kerja-kerja pembersihan setelah menemui pencemaran minyak di Sungai Johor baru-baru ini.

"Situasi ini menyebabkan SAJ tidak menerima bekalan air terawat secara normal dari PUB untuk disalurkan kepada penduduk di sebahagian kawasan Kota Tinggi, Ulu Tiram dan Johor Baharu.

"SAJ masih tidak pasti bila bekalan air itu pulih, namun kita telah mengambil langkah awal dengan menyediakan 10 lori tangki air untuk diagihkan kepada pengguna jika keadaan berlarutan sehingga lewat petang ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jamaluddin berkata, pengagihan air lori tangki akan diutamakan kepada kawasan kritikal seperti hospital, sekolah dan untuk majlis kematian serta perkahwinan.

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan gangguan air itu di laman web SAJ di www.saj.com.my. - BERNAMA


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Gangguan Bekalan Air Di JB Dan Kota Tinggi April 2015"

Post a Comment