Biodata Syarul Ridzwan Pelakon Hati Perempuan Slot Akasia TV3 - Qiss.me

Biodata Syarul Ridzwan Pelakon Hati Perempuan Slot Akasia TV3

Biodata Profil Syarul Ridzwan. Nama pelakon lelaki kacak Syarul Ridzwan kini meniti bibir peminat drama Malaysia apabila drama terbaru beliau, Hati Perempuan kini ditayangkan di Slot Akasia TV3 bermula 30 Mac 2015 yang lalu.  Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas adalah sebuah lagi novel yang telah diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3. Hati Perempuan menampilkan gandingan pelakon utama iaitu Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam dan Nadzmi Adhwa. Saksikan drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 bermula jam pukul 6.55 petang. Sinopsis drama Hati Perempuan di Sinopsis Hati Perempuan.

Mohd. Saharul Ridzwan Hashim merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Syarul dilahirkan pada 24 Januari 1989 (26 tahun) dan berasal dari Kuantan,Pahang. Beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012 di belakang Fattah Amin dan Syafiq Kyle. Beliau juga pernah menjadi pengacara bagi program Impak Aksi yang ditayangkan TVi 180 setiap hari Khamis pada awal tahun 2014.
syarul ridzwan

Biodata Profil Syarul Ridzwan
Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim
Nama Panggilan: Syarul Ridzwan
Kerjaya: Pelakon, model, pengacara
Adik beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Asal: Berasal dari Kelantan, tetapi dilahirkan di Hospital Besar Kuantan Pahang

Pendidikan: Universiti Sains Multimedia dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa, bekas pelajar Kolej TAFE Seremban jurusan Penyelenggaraan Aircraft - Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Pekerjaan     Pelakon
Popular kerana     Love You Mr. Arrogant
Tinggi     179cm
Berat     72 kg
Agama     Islam
Laman twitter - www.twitter.com/syarulridzwan
Laman Facebook - https://ms-my.facebook.com/pages/Syarul-Ridzwan/453366944765246


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Biodata Syarul Ridzwan Pelakon Hati Perempuan Slot Akasia TV3"

Post a Comment