Hati Perempuan Slot Akasia TV3 - Qiss.me

Hati Perempuan Slot Akasia TV3

Drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3. Sebuah lagi novel telah diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3 iaitu Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Drama arahan Kas Roshan ini telah ditayangkan di kaca TV anda bermula 30 Mac 2015 iaitu selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Hati Perempuan menampilkan gandingan pelakon baru iaitu Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam dan Nadzmi Adhwa. Saksikan drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 bermula jam pukul 6.55 petang.

SINOPSIS HATI PEREMPUAN
Hati Perempuan mengisahkan pengalaman lalu yang telah dilalui mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf kehidupan. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 

Hati Perempuan Slot Akasia TV3
JUDUL : HATI PEREMPUAN
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 6.55 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Kas Roshan
SKRIP : Nieza Nahar
NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman

WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
Mia Ahmad sebagai Yuhanis
Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus
Hafeez Mikail sebagai Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif
Bella Nazari sebagai Tengku Amalin
Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi
Noniswara sebagai Tengku Durahtul


LAGU TEMA / OST HATI PEREMPUAN
Lagu : Sampai Mati
Penyanyi : Hazama

Lagu : Takkan Pudar
Penyanyi : Ernie Zakri

Lagu : Bunga Dhia
Penyanyi : Aiman
 

 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Hati Perempuan Slot Akasia TV3"

Post a Comment