Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Mac 2015 untuk harga runcit rasmi minyak petrol dan diesel di Malaysia bagi bulan April 2015.
Dipetik dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP),harga RON 95 dan 97 untuk April 2015 dijangka akan naik sedikit manakala harga diesel akan turun dari harga terdahulu Mac 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.
Berikut adalah jangkaan harga di PAM berdasarkan kepada Purata Harga Pasaran setakat 26 Mac 2015.
Jangkaan Harga Di PAM pada 1 Apr 2015
(Berdasarkan purata sehingga 26 Mac 2015)
Info | RON 95 | Diesel | RON 97 |
Anticipated Pump Price | 2.02 | 1.90 | 2.32 |
Ini berdasarkan trend harga pasaran yang sedang menaik.
HARGA RUNCIT RASMI PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL UNTUK APRIL 2015
* Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 31 Mac 2015.
Sehubungan itu, harga petrol dan diesel bulan April 2015 yang akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April tidak berubah pada
RON95 pada RM1.95 seliter,
RON97 pada RM2.25 seliter, dan
Diesel pada RM1.95 seliter.
Namun begitu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus - Sumber
Jadual Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Setiap Bulan.
Bulan | Harga Petrol RON95 (RM/liter) | Harga Petrol RON97 (RM/liter) | Harga Diesel (RM/liter) |
April 2015 | 1.95 | 2.25 * termasuk 6% GST | 1.95 |
Mac 2015 | 1.95 | 2.25 | 1.95 |
Februari 2015 | 1.70 | 2.00 | 1.70 |
Januari 2015 | 1.91 | 2.11 | 1.93 |
Disember 2014 | 2.26 | 2.46 | 2.23 |
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
0 Orang Menanggapi Artikel "Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan April 2015"
Post a Comment