Berita Terkini Gempa Bumi Landa Nepal 25 April 2015 - Qiss.me

Berita Terkini Gempa Bumi Landa Nepal 25 April 2015

Berita Terkini Gempa Bumi Landa Nepal 25 April 2015. Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda wilayah Kathmandu, Nepal tengah hari semalam, 25 April 2015 dengan gegaran paling dirasai di ibu negara berkenaan terutama kawasan dengan kepadatan penduduk yang ramai. Berpuluh kesan gegaran susulan berlaku dalam kejadian terbabit. Angka korban akibat gempa bumi kuat di Nepal dilaporkan melebihi 1,805 orang dan melibatkan sekurang-kurangnya 4,718 orang cedera.

* angka korban terkini setakat 27 April 2015 - sumber Astro Awani @ 3,218 orang dan 6,500 cedera

Jumlah yang terkorban dijangka akan terus meningkat ekoran ramai yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan. Jurucakap polis pula dilaporkan berkata kerja-kerja menyelamat mangsa gempa bumi ini dilakukan oleh semua anggota penyelamat.

Nepal gempa
“Kematian dilaporkan daripada semua wilayah di negara ini kecuali di kawasan barat jauh. Semua anggota keselamatan telah dihantar bagi kerja-kerja menyelamat dan membantu mereka yang memerlukan,” kata jurucakap polis kebangsaan negara itu, Kamal Singh Bam kepada agensi berita AFP.
Ekoran malapetaka itu, kerajaan Nepal turut mengisytiharkan keadaan darurat di negara pergunungan Himalaya itu. Gempa bumi kuat yang berukuran 7.8 pada skala Richter itu berlaku pada Sabtu pukul 2.45 petang waktu Malaysia, sehingga telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Sementara itu, laporan berita turut melaporkan beberapa pasukan pendaki dipercayai hilang akibat salji runtuh di gunung tertinggi di dunia itu berikutan gempa bumi tersebut.

Negara jiran Nepal, India turut merasai gegaran kuat terutama di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu - AFP


Gambar Kejadian Gempa Bumi Landa Nepal 25 April 2015
Nepal1

Nepal2

Nepal3
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Gempa Bumi Landa Nepal 25 April 2015"

Post a Comment