Bagaimanapun bantuan tersebut terhad kepada mereka yang tidak mempunyai tabungan semasa, simpanan pelaburan atau sudah tergolong dalam golongan miskin tegar akibat hilang pekerjaan dan punca pendapatan. Selain itu, pemberian zakat Baitulmal juga bergantung kepada tanggungan keluarga, tahap kesihatan dan tidak menerima mana-mana bantuan lain mengikut syarak.
Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai di antara RM200 hingga RM1,000 sebulan mengikut perkiraan pegawai Baitulmal MAIWP yang merangkumi bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, persekolahan anak- anak dan pengangkutan.
BAGAIMANA INGIN MEMOHON BANTUAN BAITULMAL MAIWP SECARA ONLINE
Cara-cara permohonan Baitulmal MAIWP:
1. Lengkapkan borang permohonan dengan butiran yang diperlukan....(tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin)
2. Sertakan dokumen lampiran yang diperlukan....(tidak perlu apa-apa cop pengesahan)
3. Hantar borang permohonan lengkap ke mana-mana cawangan kami yang berhampiran samada secara pos atau hantar tangan....(dicadangkan sebaiknya hantar tangan kerana boleh terus ditemuduga.....jadi permohonan akan lebih cepat diproses)
Layari link di bawah untuk melihat syarat-syarat permohonan, dokumen lampiran yang diperlukan dan borang permohonan.... Semoga Allah permudahkan....
http://www.maiwp.gov.my/i/in…/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
Jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja....
Makluman permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin.
Sumber Baitulmal MAIWP
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINIhttp://www.maiwp.gov.my/i/in…/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
Jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja....
Makluman permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin.
Sumber Baitulmal MAIWP
0 Orang Menanggapi Artikel "Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online"
Post a Comment