Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Online, APDM. Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) akan dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Modul Pengurusan Murid juga akan digunakan untuk mengurus kehadiran harian murid bagi SEMUA sekolah.
APDM Sistem Applikasi Pengkalan Data Murid boleh klik di APDMPengemaskinian Aplikasi Pangkalan Data Murid boleh dilakukan meliputi aspek-aspek berikut:
a) Membuat pendaftaran kelas baru bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan
b) Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan
c) Melakukan pindahan kelas bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 jika murid dipindahkan ke kelas lain (naik kelas automatik telah dilakukan)
d) Menyemak maklumat murid jika ada perubahan (contohnya jika murid telah berpindah sekolah, alamat dan nombor telefon akan turut berubah)
e) Mengesahkan semua maklumat murid yang telah dilakukan pindaan oleh guru kelas (Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar)
APDM Sistem Applikasi Pengkalan Data Murid
Proses pengemaskinian maklumat murid perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2015.
Segata maklumat lanjut berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi Encik Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT di alamat emel : faris.johan.moe@1govuc.gov.my atau talian telefon 03-88849443.
SUMBER
Terkini
5 Mac 2015
Ramai ibu bapa di Selangor kecewa kerana tidak lagi dibenar mendaftar anak-anak ke tahun satu sekolah rendah kerajaan di Selangor secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) mulai tahun depan, 2016. Sistem pendaftaran ESPPSEL yang diperkenalkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor tahun lalu itu akan hanya boleh digunakan bagi kali terakhir pada tahun 2015 ini untuk pendaftaran sesi persekolahan tahun 2016 sahaja. Antara aduan yang diterima daripada ibu bapa adalah mereka tidak dimaklumkan sebab ESPPSEL dihentikan untuk pendaftaran sesi persekolahan 2017.
Menurutnya, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pendidikan memberi kebenaran kepada JPN Selangor menggunakan sistem ESPPSEL untuk kali terakhir tahun ini. "Mulai tahun depan, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
0 Orang Menanggapi Artikel "APDM Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Online"
Post a Comment