Panduan Senarai Barang Kena GST 2015 - Qiss.me

Panduan Senarai Barang Kena GST 2015

Panduan Pembeli Senarai Barang Kena Dan Tidak Kena GST 2015Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratus akan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.


Untuk makluman pengguna:-
1. Buat semakan harga melalui MyKira GST untuk mendapatkan maklumat harga barang
2. Buat aduan dengan sertakan maklumat sokongan seperti resit pembelian melalui sistem e-Aduan di http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/eaduan/main.php?lang=2

Senarai barang runcit dikenakan dan tidak dikenakan GST di Barang Runcit Kena GST.

Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah :
  • Harga set televisyen
  • Peti sejuk
  • Pendingin hawa
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin
  • Minuman ringan
Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini
  • Komputer
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
  • Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku

GST 2015

Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Ikan
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Minyak kelapa
  • Susu bayi
  • Petrol RON95 dan diesel
  • Tol 
  • Pengangkutan awam

Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST seperti
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • Croissant coklat

Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di GST 2015atau di MPIB


Antara barangan dan perkhidmatan yang tersenarai dalam laman web Kastam di atas iaitu kena dan tidak dikenakan GST adalah seperti berikut :-
1) Barangan Runcit
2) Makanan dan minuman
3) Buah-buahan dan sayur-sayuran
4) Kecantikan dan kesihatan
5) Peralatan rumah
6) Perkakasan dapur
7) Pakaian, beg, kasut dan aksesori
8) Ubat-ubatan
9) Alat tulis
10) Alat permainan
11) Barangan haiwan
12) Barangan lain

Video 'Lagu GST versi kastam' trending di media sosial. Sebuah video oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini trending di media sosial.

Klip berdurasi 3 minit itu menampilkan beberapa pegawai kastam lengkap  berpakaian seragam dan menerangkan tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) (klik untuk infografik) secara nyanyian.

Antaranya video itu menerangkan bahawa bukan semua cukai dikenakan, ada yang di kecuali dan ada disifarkan seperti pendidikan, perubaan dan makanan mentah.
 

Terkini 
Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) 1 April ini, Kementerian Kewangan hari ini memperluaskan lagi senarai barang dan perkhidmatan yang dikecuali­kan daripada cukai tersebut bagi memanfaatkan rakyat dan industri.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan
, senarai tersebut meliputi empat perkara iaitu bahan bacaan, ubat, yuran penyelenggaraan terma­suk sinking fund kediaman dan perkhid­matan pendidikan.

Menurut Kementerian Kewa­ngan, pengecualian GST kini diperluaskan kepada semua jenis bahan bacaan termasuk surat khabar manakala majalah dan buku-buku lain yang bukan merupakan bahan bacaan dikenakan GST.

Kata kenyataan itu, langkah ini diharap dapat memastikan bahan bacaan yang dikecualikan GST tidak akan mengalami sebarang kenaikan dan seterusnya dapat me­ningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.

Selain itu, bilangan ubat yang dikecualikan GST di bawah Senarai Ubat-Ubatan Penting Nasional diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama ubat untuk memastikan ubat-ubatan di bawah senarai ini dapat meliputi semua dos dan kaedah pengambilan.

“Malah Kementerian Kewangan juga akan mengkaji cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan lagi jenis ubat bagi penyakit tertentu untuk dikecualikan GST,” kata kenyataan itu.

Di samping itu, Kementerian Kewangan memaklumkan, yuran penyelenggaraan dan sinking fund yang sebelum ini hanya dikecuali­kan GST ke atas rumah kos rendah dan kos sederhana rendah kini turut diperluaskan meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.

Perkhidmatan pendidikan yang dikecualikan daripada GST turut diperluaskan meliputi pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).

Selain itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan itu turut memberi penjelasan berhubung empat perkara iaitu GST ke atas perkhidmatan kesihatan, pertubuh­an bukan kerajaan (NGO) terma­suk institusi keagamaan, GST di zon perdagangan bebas dan gudang, serta barang yang dikecualikan cukai tersebut.

Menurut Kementerian Kewangan, perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital, klinik, pusat rawatan dialisis dan seumpanya tidak dikenakan GST namun GST akan dikenakan ke atas caj rawatan atau perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh doktor bebas (independent doctor) yang tidak berdaftar sebagai kemudahan jagaan kesihatan.

“Di dalam membantu kemudah­an jagaan kesihatan swasta untuk mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, sebanyak 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh hospital, klinik atau mana-mana kemudahaan jagaan kesihatan swasta diberi pelepasan GST,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan barang yang dikecualikan GST termasuk susu formula bayi di bawah umur 36 bulan, semua jenis beras dan gula.

Sementara itu, tambah Kementerian Kewangan, bagi aktiviti NGO dan institusi keagamaan yang terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti kebajikan atau keagamaan juga tidak dikenakan GST.

“Mengenai layanan GST di zon perdagangan bebas dan gudang, secara prinsipnya, pengenaan GST ke atas perkhidmatan yang dibekalkan tidak akan menambahkan kos perniagaan kerana apa-apa GST yang dibayar boleh dituntut semula sebagai kredit oleh syarikat yang berdaftar.

“Penelitian semula sedang dijalankan dan secara prinsipnya beberapa jenis perkhidmatan yang digunakan di dalam kawasan berikut akan diberi layanan khas. Langkah ini bagi memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan tersebut adalah kompetetif dan selaras dengan amalan di pe­ringkat antarabangsa.

“Keputusan mengenai jenis perkhidmatan yang akan diberi pelepasan GST akan dimaklumkan kepada pihak industri,” ujar kenya­taan itu. 
FB Penerangan Malaysia
gst 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Panduan Senarai Barang Kena GST 2015 "

Post a Comment