Alhaji Kamara Pemain Import Baru JDT 2015 - Qiss.me

Alhaji Kamara Pemain Import Baru JDT 2015

Alhaji Kamara Pemain Import Baru JDT 2015. Dipetik dari FB Johor Southern Tigers, pemain baru pasukan Johor Darul Ta'zim telah diumumkan iaitu Alhaji Kamara. Beliau adalah pemain pasukan kebangsaan Sierra Leone dan juga pemain kelab, Idrottsföreningen Kamraterna Norrköping (IFK Norköping) di dalam Liga Sweden. PBNJ hari ini mengumumkan pengambilan penyerang import baru JDT, Alhaji Kamara dari Sierra Leone menggantikan Luciano Figueroa untuk saingan Liga Malaysia. Lucho dikhabarkan akan terus beraksi pada baki saingan AFC Cup. 

Alhaji Kamara akan dipinjamkan tetapi mempunyai pilihan untuk dibeli kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi melengkapkan baki saingan Liga Malaysia. Pemain yang akan berusia 21 tahun pada 16hb April nanti bakal mengisi posisi penyerang pasukan JDT. Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim dan selamat maju jaya bersama Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor! Diharap Alhaji Kamara dapat menghidupkan kembali jentera serangan pasukan JDT bersama seorang lagi pemain import baru iaitu Patito Rodriquez

Ikuti aksi beliau di https://m.youtube.com/watch?v=tP07Zjky98Y

BIODATA ALHAJI KAMARA
Nama :      Alhaji Kamara
Tarikh Lahir :     16 April 1994 (age 20)

Tempat Lahir :     Freetown, Sierra Leone
Tinggi :     1.80 m (5 ft 11 in)
Posisi : Penyerang 

Biodata Alhaji Kamara JDT

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Alhaji Kamara Pemain Import Baru JDT 2015"

Post a Comment