Status Halal Coklat Letto Pepero Dari Korea - Qiss.me

Status Halal Coklat Letto Pepero Dari Korea

Status Halal Coklat Letto Pepero Dari Korea. Coklat dan Langkawi tidak dapat dipisahkan. Jika anda bercuti di sana pasti anda akan memborong pelbagai jenis coklat yang harganya amat murah berbanding di tempat tinggal anda. Yang pastinya antara coklat yang popular adalah Coklat yang berasal dari Korea iaitu Coklat Letto Pepero.


Namun disebalik harga yang murah, ramai yang meragui status halal Coklat Pepero ini. Berikut disertakan beberapa jawapan atas kemusykilan samada Coklat Pepro ini Halal atau Tidak? Semakan status Halal JAKIM boleh di semak secara online di SINI
status halal pepero

1. KEMUSYKILAN ISLAM GRID
Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, premis Starbuck dan produknya mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM. Manakala jenama coklat yang dikemukakan oleh anda tiada dalam senarai Halal JAKIM. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Wallahua'lam - Islam Grid

2. FACEBOOK SAHABAT HALAL

Banyak soalan diajukan berkenaan status halal coklat pepero dari Korea ini.

1. Didapati coklat pepero ini tiada status halal dari mana-mana Badan Pensijilan Halal.
2. Pada kandungan produk ini mengandungi beberapa ramuan yang diragui (syubhah) antaranya WHEY POWDER, GLYCERIN, SODIUM PHOSPHATE & SHORTENING.
3. Apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan produk sebegini.

*Menjauhi Yang Syubhah Adalah Lebih Baik* - FB Sahabat Halal

3. HALAL JAKIM

Pengguna yang dihormati sekalian, Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea. Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. 

Disediakan oleh:-Unit Perhubungan Awam (PRO):03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa). Sumber: Halal JAKIM

KESIMPULAN - Pepero tiada status halal. Maka apabila sesuatu produk mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka wajar dielakkan dan tidak dimakan produk sebegini

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Status Halal Coklat Letto Pepero Dari Korea"

Post a Comment