Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015 - Qiss.me

Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015

Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) akan menganjurkan Program Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015 yang akan berlangsung bermula dari 5 hingga 7 Jun 2015 dari 10 pagi hingga 8 malam di Lobi Hotel dan Tingkat 7, KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. Rakyat Johor dijemput hadir. 

Program pameran selama 3 hari ini akan disertai oleh semua 16 PBT dan sebanyak 35 pemaju perumahan yang terlibat dalam pembangunan di seluruh 10 daerah di negeri Johor. Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat perbankan yang pastinya akan membantu para pembeli dalam mendapatkan khidmat nasihat kewangan.
Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015
Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015
  • Memberi peluang kepada orang ramai terutamanya golongan bumiputera untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan pemilikan rumah kos rendah dan mampu milik
  • Orang ramai juga boleh membuat pendaftaran rumah secara atas talian, pe­nerimaan dan semakan dokumen serta khidmat nasihat oleh Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri 
  • Tiga kategori rumah yang ditawarkan adalah kediaman berharga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000 dan pembeli mesti mempunyai gaji minimum RM3,000 ke bawah, RM5,000 ke bawah dan RM5,000 ke atas.
Oleh itu bagi mereka yang berminat dan layak, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perumahan di negeri Johor.

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Pameran Hari Terbuka Perumahan Mampu Milik Negeri Johor 2015"

Post a Comment