Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015 - Qiss.me

Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015

Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015. Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 tahun 2015 berakhir malam ini dan keputusan pemenang Qari dan Qariah telah diumumkan sebentar tadi. Semua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Berikut adalah Keputusan Juara Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015 :-
Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015

KATEGORI QARI
Juara - Mohsen Hassani Kargar (Iran) : 91.75%
Naib Juara - Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Malaysia) :  91.38%
Ketiga - Numan Makasugat Pimbayabaya (Filipina) : 90.97%
Keempat - Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki (Brunei)
Kelima - Brahim Medjahed (Algeria)

KATEGORI QARIAH
Juara - Asrina Asril Buyong (Indonesia) : 91.55%
Naib Juara - Rahima Panondiongan Amerol (Filipina): 88.36%
Ketiga - Siti Husnaa Hassan (Malaysia) : 86.97%
Keempat - Siti Noor Dzuhairah Binti Awang Hj Damit (Brunei)
Kelima - Sameeha Talohding (Thailand)

Malaysia muncul johan bagi kategori Hafazan bahagian wanita menerusi Farihah Zulkifli menewaskan peserta Mauritania, Raghiye Beyah yang menduduki tempat kedua dan peserta Tunisia, Mariem Makhlouf. 

Keputusan Hafazan Lelaki
1. 97.63% - Qatar
2. 96.26% - Kuwait
3. 92.75% - Tunisia

Keputusan Hafazan Wanita
1. 89.50% - Malaysia : Farihah Zulkifli 

2. 89.38% - Mauritania
3. 88.25% - Tunisia.



Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015"

Post a Comment