Gambar Keadaan Banjir Di Melaka Jun 2015. Dua daerah di Melaka iaitu di Melaka Tengah dan Jasin telah dilanda banjir awal pagi tadi, 7 Jun 2015 akibat hujan lebat selama 3 jam dan fenomena air pasang besar.
Antara kawasan yang terlibat seperti dipetik dari Astro Awani adalah di Melaka Tengah melibatkan 31 mangsa dengan enam keluarga dipindahkan di Balai Raya Peringgit; 32 mangsa, 12 keluarga di Surau Kampung Permatang, Duyong dan 24 mangsa, enam keluarga di Surau Al Jariah, Solok Bkt Baru, Duyong. Di Jasin 59 mangsa banjir melibatkan 17 keluarga ditempatkan di SMK Dang Anum, Merlimau dan 213 mangsa melibatkan 50 keluarga ditempatkan di SMK Sri Mahkota, Serkam.
Banjir berlaku berpunca akibat hujan lebat yang mula turun secara berperingkat sejak empat pagi tadi dan keadaan bertambah buruk apabila berlaku air pasang besar kira-kira pukul 11 pagi. Pintu air di muara sungai terpaksa ditutup akibat air pasang besar menyebabkan limpahan air banjir tidak dapat dialirkan ke laut.
Berikut di antara keadaan banjir di Melaka yang dikongsikan dari FB Portal Bencana Melaka :-
0 Orang Menanggapi Artikel "Gambar Keadaan Banjir Di Melaka Jun 2015"
Post a Comment