Berita Terkini Kapten T-Team Meninggal Dunia Ketika Bertemu Kelantan - Qiss.me

Berita Terkini Kapten T-Team Meninggal Dunia Ketika Bertemu Kelantan

Berita Terkini Kapten T-Team Meninggal Dunia Ketika Bertemu Kelantan 13 Jun 2015. Kapten pasukan Liga Perdana, T-Team iaitu David Faramola Oniya, 30 tahun meninggal dunia setelah rebah ketika beraksi hanya dalam minit ke 3 dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Sabtu 13 Jun 2015. 

Beliau disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

David Oniya T-Team
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain, mengesahkan pemain pertahanan berusia 30 tahun itu meninggal dunia dan bedah siasat akan dijalankan. Pemain import T-Team yang kini mendahului carta Liga Perdana adalah kelahiran Lagos, Nigeria dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,kira-kira jam 10.05 malam tadi.


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Kapten T-Team Meninggal Dunia Ketika Bertemu Kelantan"

Post a Comment