Berita Terkini Gegaran Gempa Bumi Kedua Terkuat Di Sabah 13 Jun 2015. Ranau Sabah dilanda gempa bumi sekali lagi pawal pagi ini. Dipetik dari BH online, gempa bumi sederhana 5.1 magnitud direkodkan pada kedalaman 10 kilometer di Ranau jam 2.29 pagi tadi.
Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), gempa berpusat kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud. Gegaran turut dirasai di Kudat dan beberapa daerah berhampiran termasuk Kota Belud, Kota Kinabalu, Beluran, Kota Marudu, Keningau dan Kinabatangan. Ia gegaran susulan paling kuat direkodkan sejak gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau yang mengorbankan 18 nyawa serta merosakkan banyak harta benda pada 5 Jun lalu.
Dua lagi gempa lemah susulan direkodkan selepas itu iaitu pada jam 5.20 dan 5.47 pagi masing-masing berukuran 2.5 serta 2.7 pada skala Richter berpusat di Ranau. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy K Ramin, berkata setakat jam 8 pagi ini sebanyak 14 panggilan telefon diterima berhubung gempa bumi terkini itu.
"Bagaimanapun tiada laporan kerosakan yang diterima setakat ini," katanya.
0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Gegaran Gempa Bumi Kedua Terkuat Di Sabah 13 Jun 2015"
Post a Comment