Apa Itu Virus MERS Simptom Wabak Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV) - Qiss.me

Apa Itu Virus MERS Simptom Wabak Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV)

Apa Itu Virus Simptom Wabak Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV) | Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai kejadian jangkitan Virus Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada September 2012. Sehingga 4 November 2013, sejumlah 150 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi 64 kematian. 

Virus MERS-CoV adalah merupakan salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. Ia merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan. SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain coronavirus tersebut. Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
MERS

Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV merupakan jangkitan 
respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk 
bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga 
sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit. Bagi 
individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan 
(immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak 
lazim (atypical)

Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) bagi 
jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga 
menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya 
tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Buat masa ini, 
pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) 
atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat - SUMBER : MOH





Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Apa Itu Virus MERS Simptom Wabak Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV) "

Post a Comment