Sultan Johor Titah Perlaksanaan GST Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Dikecualikan - Qiss.me

Sultan Johor Titah Perlaksanaan GST Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Dikecualikan

GST Perkhidmatan Kerajaan Tidak Masuk Akal. Dipetik dari FB Johor Southern Tigers, Sultan Johor menitahkan agar perlaksanaan GST kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 'DIKECUALIKAN'. Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar arahan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan.

Ini kerana tanggungjawab kerajaan adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat, justeru itu adalah tidak patut untuk membebankan rakyat dengan caj-caj sebegini.

Sultan Johor Isu GST
"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada perasmian Pembukaan Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Nusajaya sebentar tadi.

Teks Penuh Titah Tuanku

* Sumber FB Muafakat UMNO Johor
BARU-BARU INI, KERAJAN PERSEKUTUAN TELAH MULA MELAKSANAKAN SATU SISTEM PERCUKAIAN YANG BAHARU, IAITU “G.S.T”. SAYA PERCAYA, KAJIAN YANG MENDALAM TELAH DIBUAT SEBELUM PERKARA INI DILULUSKAN DEMI KEPENTINGAN KERAJAAN DAN RAKYAT.

NAMUN BEGITU, DASAR PERLAKSANAANNYA HARUSLAH SENTIASA DITELITI DAN DIKAJI MENGIKUT KESESUAIAN KEADAAN. SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN JUGA TURUT DIARAH MENGENAKAN G.S.T. TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.


PERKARA INI ADALAH TIDAK MASUK AKAL KERANA PERKHIDMATAN KERAJAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ASAS KEPADA RAKYAT, DAN TIDAK WAJAR UNTUK DITAMBAH LAGI DENGAN BEBAN BAYARAN G.S.T. OLEH RAKYAT.


OLEH ITU, SAYA MINTA KERAJAAN NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SUPAYA TIDAK MENGENAKAN G.S.T. TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA RAKYAT, DAN MEMINTA PENGECUALIAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Sultan Johor Titah Perlaksanaan GST Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Dikecualikan"

Post a Comment