Permohonan Bantuan Pengajian Guru PraSekolah Swasta 2015 Online - Qiss.me

Permohonan Bantuan Pengajian Guru PraSekolah Swasta 2015 Online

Permohonan Bantuan Pengajian Guru PraSekolah Swasta 2015 Online. Di petik dari makluman rasmi KPM, berita baik kepada guru prasekolah swasta yang sedang berkhidmat di mana-mana tadika swasta dan sedang melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Prasekolah secara sepenuh masa / separuh masa / jarak jauh, anda dipelawa untuk memohon Bantuan Pengajian Guru Pra-Sekolah Swasta 2015 Online.

Pemohon dikehendaki memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut sebelum membuat permohonan :-

Permohonan Bantuan Pengajian Guru PraSekolah Swasta 2015 Online
Syarat dan Kelayakan Asas
1. Warganegara Malaysia
2. Guru prasekolah swasta yang berkhidmat di tadika swasta berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanank atau Prasekolah
4. Telah mendapat tempat daripada mana-mana institusi pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak /Prasekolah yang diiktiraf MQA dan tersenarai dalam laman sesawang KPM.
5. Mendapat minimum PNG/PNGK 2.5 dan disahkan oleh senat institusi pengajian untuk tahun pengajian sebelumnya.
6. Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran di institusi.
7. Mempunyai Permit Mengajar yang masih sah.

Keutamaan
1. Mempunyai pengalaman mengajar minimum 1 tahun sebagai guru prasekolah swasta,
2. Telah mengikuti dan LULUS Kursus Sijil Latihan Guru Prasekolah Swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Nilai dan Jangka Masa Bantuan
1. RM1,000.00 setahun selama tiga tahun atau mengikut baki tahun pengajian seperti tertera dalam surat tawaran.
2. Kelayakan bantuan tidak termasuk jangka masa penangguhan pengajian.

Cara Membuat Permohonan
1. Borang permohonan (Borang BPG1(Pin 2015)) boleh dimuat turun dalam laman sesawang KPM, iaitu http://www.moe.gov.my atau smpk.moe.gov.my atau diperoleh di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan untuk tempoh satu tahun pengajian.
3. Permohonan hendaklah dibuat setiap tahun
4. Pemohon perlu menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan Gred 41 dan ke atas iaitu;
a) Kad pengenalan;
b) Permit mengajar;
c) Surat tawaran pengajian daripada institusi;
d) Transkrip akademik Purata Mata Gred (PNG) atau Purata Mata Gred Terkumpul (PNGK) bagi semester terkini;
e) Buku bank/Penyata bank memaparkan nombor akaun pemohon; dan
f) Surat Aku Janji (Borang BPG2) yang telah ditandatangani pemohon.

5. Borang permohonan yang telah lengkap di isi hendaklah dikemukakan MELALUI institusi pengajian masing-masing kepada;

Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
62604 Putrajaya.
6. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Arzemi bin Mahadi melalui talian 0388849515 atau e-mel norarzemi.mahadi@moe.gov.my / ar.arzemi@gmail.com atau Pn. Ainol Mardhiah bt. Mohd Khalid melalui talian 0388849521 atau e-mel ainolmardhiah51@gmail.com

7.Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan yang telah lengkap hendaklah samapai ke Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 30 September 2015.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila muat turun butiran-butiran di bawah.

1) Aku Janji
2) Borang Permohonan Banyuan Pengajian
3) Panduan Permohonan 


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Permohonan Bantuan Pengajian Guru PraSekolah Swasta 2015 Online"

Post a Comment