Dipetik dari Utusan online, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.
“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan Public Bank berhampiran,”Semasa pembentangan Bajet 2015, kerajaan mengumumkan BR1M akan diagih melalui tiga peringkat dengan pemberian peringkat pertama telah dilakukan pada 15 Januari lalu.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, lebih 16,000 tuntutan Skim Khairat Kematian dengan bantuan berjumlah RM1,000 setiap seorang telah diluluskan bagi membantu waris kepada penerima BR1M yang meninggal dunia.
“Oleh itu waris penerima BR1M yang dinamakan dalam borang permohonan BR1M boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan kad pengenalan diri sendiri dan sijil kematian penerima BR1M,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BR1M boleh menghubung talian bebas tol 1800-88-2716 atau menghantar e-mel kepada br1m@treasury.gov.my untuk keterangan lanjut.
0 Orang Menanggapi Artikel "Pembayaran BR1M Kedua Bermula Hari Ini 28 Mei 2015"
Post a Comment