Panduan Solat Sunat Taubat Mohon Keampunan - Qiss.me

Panduan Solat Sunat Taubat Mohon Keampunan

Panduan Solat Sunat Taubat Mohon Keampunan. Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang  memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT. Solat sunat taubat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

i. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
ii. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
iii. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
cara solat sunat taubat
Solat sunat taubat ini dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana dalam Hadis :
Hadis solat sunat taubat

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat
1. Lafaz Niat

Niat solat sunat taubat
Maksudnya
: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
 

2. Bacaan Surah
  • Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
  • Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
  • Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:
bacaan surah solat sunat taubat
  • dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.

 
Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai-ramai seperti berikut: 
solat sunat taubat
solat sunat taubat
solat sunat taubat
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Panduan Solat Sunat Taubat Mohon Keampunan"

Post a Comment