Keputusan PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015 - Qiss.me

Keputusan PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015

Keputusan PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015. Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin P91 (PRK Rompin 2015) yang berlangsung Selasa, 5 Mei 2015 akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Sebanyak 460 pengundi awal atau 84.4 peratus daripada 545 pengundi awal telah menjalankan tanggungjawab mereka pada 30 April lepas, di empat pusat pengundian dan sejumlah 52,744 lagi pengundi akan menunaikannya pada Selasa ini yang merupakan cuti umum bagi Negeri Pahang. Keputusan Rasmi PRK Rompin Pahang 2015 dijangka diumumkan pada 5 Mei 2015 selepas jam 1100 malam.
Kelewatan ini disebabkan Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin .
PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin  
Hari Pengundian - 5 Mei 2015 
Hari penamaan calon - 22 April 2015 
Pengundian awal - 30 April 2015
* Dianggarkan 73 peratus daripada 52,744 pengundi biasa keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin apabila semua 38 pusat pengundian ditutup jam 5 petang tadi.
* Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Arifin, menewaskan wakil PAS, Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi. Hasan, 62, yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin dan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, memperoleh 23,796 undi, berbanding Nazri yang meraih 14,901 undi.

KEPUTUSAN PENUH RASMI PRK ROMPIN 2015
Datuk Hasan Arifin (BN) - 23,796 undi
Nazri Ahmad (PAS) - 14,901 undi
Majoriti - 8,895 undi 


* Nota
Pada pilihan raya umum 2013 yang lalu, Jamaluddin menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS, Nuridah Mohd Salleh.
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Keputusan PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015"

Post a Comment