Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Falak Dan Surah An-Naas - Qiss.me

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Falak Dan Surah An-Naas

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Falak Dan Surah An-Naas. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
surah 3 Qul
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Kelebihan dan fadhilat Surah Al-Falak dan Surah An-Naas.

1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca/ diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipeliharaNya dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia.

SUMBER : FB Brunei Islam

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Falak Dan Surah An-Naas"

Post a Comment