Borang Rayuan Semak Semula Keputusan MUET Mac 2015 Online - Qiss.me

Borang Rayuan Semak Semula Keputusan MUET Mac 2015 Online

Borang Rayuan Semak Semula Keputusan MUET Mac 2015 Online. Keputusan Peperiksaan MUET Sesi Mac 2015 telah diumumkan pagi ini, 5 Mei 2015. Bagi mereka yang belum membuat semakan, anda boleh buat semakan secara online atau SMS di MUET 2015. Tahniah kepada yang lulus cemerlang. Bagi mereka yang ingin membuat rayuan semakan semula keputusan, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan MUET/PS1/MAC/15.

BORANG PERMOHONAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI MAC TAHUN 2015
Borang Rayuan MUET/PS1/MAC/15.
ARAHAN DAN PANDUAN KEPADA CALON 
  • Rayuan  Penyemakan  Semula  Keputusan  Ujian  MUET  Sesi Mac Tahun 2015 akan  dibuka  mulai 5 Mei hingga 13 Mei 2015.
  • Permohonan hendaklah sampai di Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 13 Mei 2015. 
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  • Perkara 2 hingga 4 dalam borang ini hendaklah diisi dengan betul dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap danbayaran yang tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan.
  • Sertakan salinan sijil keputusan ujian.
  • Bayaran hendaklah dibuat dengan secukupnya, iaitu RM70.00. Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman  Wang/Wang  Pos/Bank  Draf  atas  nama Ketua  Eksekutif,  Majlis  Peperiksaan  Malaysia jika  permohonan dibuat melalui pos. Cek tidak diterima. Bayaran secara tunai hanya boleh dibuat jika permohonan dibuat di kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! 
Status permohonan akan dimaklumkan kepada calon di portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my. Jika status permohonan calon tiada dalam senarai selepas 7 hari permohonan dihantar, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 (u.p: Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar SEGERA.

Keputusan  semak  semula  akan  dimaklumkan di  portal  Majlis  Peperiksaan  Malaysia www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan rayuan penyemakan semula diterima di Majlis Peperiksaan Malaysia (hari bekerja). Bagi calon yang berubah keputusan keseluruhan, sijil keputusan yang baharu akan dihantar kepada calon. Jika keputusan calon tiada dalam senarai, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 (u.p:Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar SEGERA

Bagi pemohon yang ingin mendaftar untuk menduduki Peperiksaan MUET Sesi November 2015, anda boleh berbuat demikian mulai 5 Mei 2015.

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Borang Rayuan Semak Semula Keputusan MUET Mac 2015 Online"

Post a Comment