Berita Terkini Pesawat MH179 Alami Gangguan Kini Trending 10 Mei 2015 - Qiss.me

Berita Terkini Pesawat MH179 Alami Gangguan Kini Trending 10 Mei 2015

Berita Terkini Pesawat Malaysia Airlines MH179 Alami Gangguan Kini Trending. Pesawat MH179 ke Colombo, Sri Lanka telah berputar-putar di ruang udara Malaysia lebih dua jam dan kemudiannya telah berpatah balik ke KLIA setelah gagal meneruskan perjalanan. Punca kejadian masih tidak dilaporkan. Menurut laporan Berita Xinhua, dari laporan Twitter Flightradar24, pesawat Malaysia Airlines MH179 yang yang menuju ke Colombo, Sri Lanka itu terbang dengan membuat bulatan di perairan barat Pulau Ketam sejak jam 11.30 malam.

Dalam twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu sedang berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas dua jam membakar bahan api untuk mengurangkan berat sewaktu mendarat. Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 20 minit kemudian. Namun, sehingga kini tiada maklumat berhubung mengapa pesawat ini berpatah balik ke KLIA.


Pesawat #MH179 MAS telah mendarat dengan selamat di KLIA sekitar pukul 1:00 pagi tadi, Punca masih dalam siasatan. 
"MH179 is returning to Kuala Lumpur after 2 hours of fuel burn to reduce landing weight," "MH 179 landed safely back at Kuala Lumpur airport. The reason for the return is not known at the moment," it twitted later.
mas mh179
Menurut laporan Bulet.In, Pesawat Malaysia Airlines MH179 ini mengalami gangguan pada malam hari minggu, 10 Mei 2015. Sebuah pesawat yang dilaporkan dari www.flightradar24.com sedang berputar-putar di atas Selat Malaka. Pesawat yang diketahui bernombor penerbangan MH179 itu seperti mengalami gangguan.

Pesawat itu diketahui berjenis Boeing 737-800 dan sedang dalam perjalanan dari  Kuala Lumpur – Colombo (Sri Lanka). Pesawat dengan callsign MAS179 dan tail 9M-MXW itu berputar lebih dari sejam berdekatan Pulau Tengah, Selangor, Malaysia. 


Untuk makluman, Malaysia Airlines kini berdepan masalah setelah dua kejadian nahas udara melibatkan dua pesawat mereka pada tahun 2014. Peswat MH370 masih lagi hilang dan tidak dijumpai semenjak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dalam pesawat manakala pesawat MH17 telah ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur. Kesemua 298 penumpang dan anak kapal telah terbunuh. 

Berita terkini 10 Mei 2015 (500pm)
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH179 dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berikutan gangguan yang ditimbulkan seorang penumpang yang mabuk.

MAS dalam kenyataan hari ini mengesahkan, komander penerbangan membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang lain dalam pesawat berkenaan selepas penumpang yang mabuk itu mula menganggu kru penerbangan, sebagai sahaja pesawat berada di udara.

Oleh kerana saiz badan (penumpang berkenaan) yang besar, penumpang-penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal daripada gangguan penumpang terbabit," menurut kenyataan MAS itu. Penumpang yang mabuk itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik tiba di KLIA, menurut kenyataan itu.

Pesawat MAS penerbangan MH179 itu kemudian berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi, hari ini.
Astro Awani



Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Berita Terkini Pesawat MH179 Alami Gangguan Kini Trending 10 Mei 2015"

Post a Comment