Toyota Camry Hybrid Baru 2015 Spesifikasi Dan Harga - Qiss.me

Toyota Camry Hybrid Baru 2015 Spesifikasi Dan Harga

Spesifikasi Dan Harga Toyota Camry Hybrid Baru 2015. UMW Toyota (UMWT) akan memperkenalkan Toyota Camry baharu yang turut memperkenalkan  buat pertama kali varian hibrid untuk sedan segmen D ini di pasaran tempatan hari ini seperti dipetik dari Astro Awani. Walaupun Camry generasi ini masih agak muda, dan model yang dilancarkan ini dari segi teorinya adalah model ‘facelift’ tetapi perubahan yang dialami menjadikannya bagaikan sebuah kenderaan ‘serba baharu’. Yang paling menonjol adalah penggunaan dua enjin baharu bagi kedua-dua varian – iaitu 2.0-liter serta 2.5-liter dengan teknologi hibrid.

UMWT menganggarkan bahawa pilihan pembeli akan lebih menjurus kepada varian hibrid, dengan 7,000 unit Camry Hybrid dijual daripada jumlah keseluruhan 9,000 unit untuk model ini bagi 2015.

Varian: Spesifikasi Toyota Camry Hybrid
Unit ini dikuasakan dengan enjin petrol 4-silinder 2.5-liter dengan kuasa 158hp pada 5,700rpm dan 213Nm pada 4,500rpm. Motor elektrik daripada sistem hibrid pula adalah 141hp dan 270Nm. Output ini menuju ke roda-roda hadapan bersaiz 17 inci menerusi kotak gear E-CVT.

Antara yang dipasang standard pada Camry Hybrid ini adalah lampu utama LED, kerusi pemandu boleh-ubah dengan kawalan motor, skrin cahaya pada cermin tepi belakang dan cermin belakang, serta skrin sentuh 7 inci lengkap dengan sistem navigasi. Pengecas telefon teknologi Qi juga adalah standard, dan membolehkan pemilik untuk mengecas telefon bimbitnya tanpa menggunakan wayar.

Senarai peralatan berkaitan keselamatan pula termasuk sistem VSC (Vehicle Stability Control), Hill Start Assist dan 7 beg udara.Tambahan terbaharu adalah Blind Spot Monitor serta rear Cross Traffic Alert System, masing-masing menggunakan gelombang radar bagi mengesan sama ada terdapat halangan yang boleh membahayakan pemanduan. Jika ada pengguna di kawasan sekitar yang tidak dapat dilihat pemandu, amaran akan diberikan melalui bunyi serta penunjuk di cermin sisi.

Varian: Camry 2.0 (G dan E)
Enjin 4-silinder dengan VVT-iW serta VVT-i dengan seseran 1,998cc ini adalah baharu dan buat kali pertama digunakan oleh Toyota. Outputnya adalah 165hp manakala tork pula 199Nm, menjadikan ia 13% lebih tinggi daripada enjin sebelumnya.  Ia dipadankan kepada kotak gear automatik 6-kelajuan. Sepertimana enjin, kotak gear ini juga adalah rekaan baharu yang, antara lain, adalah lebih ringan di samping lebih cekap.

Kedua-dua varian 2.0-liter ini dipasang dengan tayar 16 inci, lampu hadapan HID projektor dan sistem audio yang jauh lebih ringkas tanpa skrin sentuh.

Perbezaan paling ketara, sayangnya, adalah pada peralatan keselamatan yang disediakan – hanya dua beg udara disediakan, manakala sistem-sistem VSC dan Hill Start Assist tidak terdapat pada varian 2.0E.

Harga Toyota Camry Baru 2015
Harga (termasuk GST) untuk Toyota Camry Hybrid adalah RM174,900, sementara 2.0G dan 2.0E pula adalah RM159,900 dan RM149,900 masing-masing. (Harga termasuk insurans)

Toyota Camry Hybrid Baru 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Toyota Camry Hybrid Baru 2015 Spesifikasi Dan Harga"

Post a Comment