TMJ Minat Dengan Penyerang Paulo Rangel - Qiss.me

TMJ Minat Dengan Penyerang Paulo Rangel

TMJ Minat Dengan Penyerang Paulo Rangel. Berikut dikongsikan status dari FB Johor Southern Tigers , di mana TMJ menaruh minat minat kepada gaya permainan penyerang berbisa Terengganu, Paulo Rangel. Beliau dikenali sebagai penyerang semulajadi kerana mempunyai skill menggelecek dan ketepatan dalam menjaringkan banyak gol di dalam kawasan kotak penalti.

SAYA MEMINATI PAOLO RANGEL - DYAM TMJ
Saya menaruh minat terhadap gaya permainan pemain import Terengganu iaitu Paolo Rangel. Saya rasa dia adalah pemain yang bagus dan cukup konsisten serta merupakan antara pemain yang sangat serasi dengan corak permainan Liga Malaysia.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

I'M A FAN OF PAULO RANGEL - HRH TMJ
I am a fan of Terengganu import player Paulo Rangel. I feel that he's a good and consistent player and fits right in with the playing style of the M-League.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor

  TMJ
Dalam pada itu, semalam telah berlangsung SESI TAKLIMAT BERSAMA DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR MERANGKAP PRESIDEN PBNJ

Berikut adalah antara isu yang dibincangkan seperti dipetik dari FB Brotherhood Johor :
■ Penjaga gawang JDT II, Anis Faron tidak lagi bersama Johor FA.

■ Perlawanan persahabatan JDT bertemu Borussia Dortmund pada July nanti.

■ Nama cadangan untuk stadium baru, Sultan Ibrahim Larkin Stadium.

■ Sesi promo pasukan JDT kepada penyokong luar di Borussia Dortmund pada awal Mei nanti.

■ Penambahbaikan fasiliti tempat duduk penonton di dalam stadium .

■ Harga tiket dikekalkan tanpa GST atau kenaikan harga untuk stadium Larkin dan stadium baru nanti.

■ Cadangan untuk penggabungan Piala FA dan Piala Malaysia untuk elakkan kepadatan jadual perlawanan bagi pemain untuk misi mewalili negara.

■ Isu "Broadcasting Rights" dan pembahagian royalti kepada FA secara telus dan profesional.

■ Fenomena positif bagi pembaikan fasiliti stadium oleh pasukan-pasukan FA negeri lain dengan mencontohi apa yang telah PBNJ lakukan.

■ Memberi keutamaan kepada penjagaan padang dan rumput di stadium Larkin bagi keselesaan pemain ketika perlawanan.

■ Merancang pengaliran dana dan sumber kewangan secara lebih efisen dalam pembangunan bolasepak di Johor.


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "TMJ Minat Dengan Penyerang Paulo Rangel"

Post a Comment