Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 - Qiss.me

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015

Tema Umum Peperiksaan Sejarah Kertas 3 SPM 2015. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2015 iaitu Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara  Malaysia Berdaulat. Tema Umum  yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik  dalam Sejarah 1249/3. 

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.
Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat


Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.



Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.
 

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015"

Post a Comment