Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) - Qiss.me

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL)

Tarikh Dan Lokasi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL). Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan salah satu pesta buku yang berprestij di Malaysia. Dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), bersama-sama dengan enam persatuan Industri Buku Malaysia dengan kerjasama dan penyertaan pemain utama industri buku tempatan, PBAKL adalah pasti salah satu acara utama dalam kalendar penerbitan global kerana anda boleh melihat pesta buku jualan termurah di Malaysia. Kini dalam tahun ke-34 pesta ini dianjurkan, PBAKL menyediakan peluang rangkaian untuk bertemu dengan masyarakat penerbitan tempatan dan antarabangsa.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2015
  • Tarikh : 24 April hingga 3 Mei 2015
  • Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KL
  • Masuk : Percuma
tarikh dan lokasi pbakl 2015
Sejak 2013, PBAKL mencatatkan lebih 2 juta pelawat setiap tahun. Ia adalah tempat yang sempurna untuk pencinta buku untuk mendapatkan buku-buku terbaru dan promosi daripada penerbit di seluruh rantau ini. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan banyak aktiviti-aktiviti lain di tempat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat membaca.Dan soalan yang pasti ditanya oleh para pelajar adalah bolehkan BB1M digunakan di PBAKL nanti?  Jawapannya, BB1M boleh digunakan di PBAKL. Kebanyakkan penerbit dan penjual buku menerima baucar buku di pesta buku ini.


Pas tiket masuk adalah PERCUMA dan jualan pesta buku akan bermula setiap Isnin hingga Khamis dari jam 1000 pagi hingga 700 malam. Untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ianya akan bermula dari jam 1000 pagi hingga 900 malam.

Jumpa di sana.


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL)"

Post a Comment