Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2015 Akademi Fantasia - Qiss.me

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2015 Akademi Fantasia

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2015 Akademi Fantasia Astro. Program realiti popular Malaysia iaitu AF 2015 (Akademi Fantasia 2015) kini kembali lagi dengan menampilkan  sedikit kelainan berbeza dari audition sebelum ini.  Mulai tahun ini peserta boleh menggunakan laman sosial Instagram untuk menghantar video uji bakat masing-masing. Kaedah ujibakat ini digunakan bagi memudahkan peserta yang tidak dapat hadir ke lokasi uji bakat tanpa perlu melalui saringan pertama. Maklumat lanjut sila layari laman Astro Gempak.

UJIBAKAT AF 2015
1. Menggunakan Instagram
  • Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian berdurasi 15 saat mereka menerusi seleksi lagu yang telah disenaraikan dan meletakkan hastag #BakatAF2015 dan #HotlinkAF2015.
  • 30 peserta terbaik menerusi kaedah itu tetap akan dipanggil untuk menjalani uji bakat bersama barisan juri yang dilantik untuk menilai para peserta.
  • Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun Instagram pihak Astro dengan kerjasama Hotlink akan membuka kaunter di tiga buah negeri dan petugas akan membantu mereka merakam dan memuat naik video di laman sosial.
  • Tiga lokasi tersebut adalah di Berjaya Megamall, Kuantan (19 April), Suria Mall, Kota Kinabalu (25 April) dan City One Megamal, Kuching (26 April).
Ujibakat AF 2015 Akademi Fantasia
2. Ujibakat biasa
Uji bakat terbuka akan diadakan di empat lokasi iaitu :-
  • The Light Hotel, Seberang Prai (2 & 3 Mei), 
  • 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu (9 & 10 Mei), 
  • Berjaya Waterfront, Johor Bahru (23 & 24 Mei) 
  • Kompleks Sukan Negara Kuala Lumpur (30 & 31 Mei).

SYARAT-SYARAT UJI BAKAT AF 2015
1) Ujibakat Instagram
  • Muat naik video ujibakat anda di instagram dan hashtag #BakatAF2015 serta tag @akademifantasia
  • Perlu menyanyikan Lagu wajib ujibakat
  • Terbuka kepada semua warga Malaysia & Singapura berumur 18 tahun keatas pada 1 May 2015.
  • Terbuka untuk persembahan Solo sahaja.
  • Terbuka kepada semua pengguna Instagram & mesti mempunyai akaun yang sah dan akaun mesti ditetapkan sebagai umum (Public).
  • Uji bakat secara online melalui Instagram terbuka bermula 16 April 2015 hingga 26 April 2015.
  • Pihak produksi & guru vokal akan menyenarai pendekkan 100 peserta dan akan dijemput untuk uji bakat (fast lane) di lokasi terpilih.
  • Peserta yang yang disenarai pendek pada peringkat Uji bakat online ini akan dimaklumkan melalui mesej di Instagram.
  • 100 peserta yang disenarai pendek akan terus ke peringkat kedua ujibakat.

2) Ujibakat Biasa
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Singapura berumur antara 18 - 35 tahun pada 1 Mei 2015.
  • Peserta mestilah warganegara Malaysia dan Singapura dan mestilah mempunyai Kad Pengenalan (NRIC) atau Kad Pengenalan Singapura dan/atau pasport.
  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia, untuk peserta Malaysia dan Kad Pengenalan Singapura dan/atau Pasport Singapura bagi peserta Singapura
  • Dua (2) gambar terbaru bersaiz 4R (1 separuh badan, 1 gambar penuh) daripada peserta;
  • Satu (1) gambar pasport terbaru peserta.
  • Terbuka untuk persembahan Solo
  • Perlu menyanyi Lagu Wajib seperti di bawah

BARISAN JURI UJIBAKAT AF 2015
Barisan juri yang dipilih untuk mengadili sesi uji bakat tahun ini adalah :- 
  • Datin Marlia Musa
  • Fatimah Abu Bakar
  • Fauziah Nawi
  • Edrie Hashim 
  • Cikgu Shahrol.
LAGU WAJIB UJIBAKAT AF 2015
Peserta Lelaki
1)  Matahari (Hafiz)
2) Mewangi (Akim & The Majistret)
3) Pencuri (Mark Adam)
4) Pelesit Kota (Search)
5) Sedetik Lebih (Anuar Zain)
6) Umpan Jinak Di Air Cincang (Ahmad Jais)
7) Harus Terpisah (Cakra Khan) 
8) All of Me (John Legend)

Peserta Wanita
1) Gilalah (Stacy)
2) Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
3) Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
4) Ya Maulai (Datuk Siti Nurhaliza)
5) Madah Berhelah (Ziana Zain)
6) Rindu (Amelina)
7) Hati Ku Tang Kau Sakiti (Rossa) 
8) Chandelier (Sia)


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2015 Akademi Fantasia"

Post a Comment