Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015 - Qiss.me

Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015

Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015. Umum sedia maklum yang keputusan semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (Form 6) 2015 telah diumumkan pada 15 April 2015 yang lalu. Anda boleh menyemak di Ting 6. Tahniah kepada yang berjaya tetapi untuk yang gagal, anda boleh membuat rayuan sehingga 4 Jun 2015. Panduan membuat rayuan di Rayuan Ting 6. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pemohon untuk Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:

1. Adakah  perlu  memohon  untuk  masuk  ke Tingkatan  Enam Bawah  selepas  keputusan SPM diumumkan?
Tidak  perlu.  Lepasan  SPM  yang  layak  dan  mencukupi  syarat  ke  Tingkatan  Enam  akanditawarkan  secara  automatik. Semakan  boleh  dilakukan  melalui  laman  web  KPM  dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana  untuk  mendapatkan  Surat  Tawaran  Kemasukan  ke Tingkatan  Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM. Semua  maklumat  tawaran  termasuk  sekolah  yang  ditempatkan  serta  makluman  yang  perlu
diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun
Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015

3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
  • Syarat  am  (kecuali  Murid  Bekeperluan  Khas)  adalah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia (SPM) dengan  mendapat  sekurang-kurangnya kepujian bagi  mata  pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015.
  • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM
4. Bagaimana  mengira  nilai  wajaran  unit  mata  kognat untuk  kiraan  bagi  kemasukan  ke Tingkatan Enam?
Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?
Calon  yang  layak  dikehendaki  mendaftar  di  sekolah  yang  ditawarkan  terlebih  dahulu. Kemudian,  lengkapkan Borang  Permohonan    Rayuan  Tukar  Jurusan  Tingkatan  Enam (T6BRTJ)  di  sekolah  tersebut - dapatkan  pengesahan Pengetua.  Pastikan  alasan  yang
diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa
Rayuan.  Alasan ‘Tidak Berminat' dan  seumpamanya  tidak  diterima.  Hantar  borang T6BRTJ yang  telah  lengkap  ke  Jabatan Pendidikan Negeri  melalui  sekolah  masing-masing.  Patuhitarikh   tutup   yang   ditetapkan   bagi   penghantaran   dokumen. Permohonan   yang   layak dipertimbangkan  adalah  tertakluk  kepada  kekosongan  tempat  di  Sekolah  Pusat  Tingkatan Enam.

6. Sekiranya  jumlah  mata  kognat  melebihi  sepatutnya  (tidak  layak),  bolehkah  merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Anda   boleh   membuat   permohonan rayuan dengan menggunakan   Borang   Rayuan Kemasukan    Ke  Tingkatan  Enam  Tahun  2015  Bagi  Calon  Sekolah  Kerajaan  Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi syarat-syarat  yang  ditetapkan  pada  borang  tersebut. Patuhi  tarikh  tutup  yang  ditetapkan  bagi penghantaran  dokumen  Permohonan  yang  layak  dipertimbangkan  adalah  tertakluk  kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada: 

(a) Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD) untuk Sekolah Menengah   Harian, Sekolah   Menengah   Teknik dan   Program   Pendidikan   Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

7. Bolehkah  lepasan  SPM  dari  calon  persendirian/    sekolah  swasta/  Sekolah  Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?
Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan
Tingkatan  Enam  Tahun  2015  Bagi  Calon    Persendirian,  Sekolah  Swasta   &  Sekolah
Menengah  Agama  Negeri  (T6BCP).  Patuhi  syarat -syarat  yang  ditetapkan  pada  borang tersebut. Permohonan  yang  layak  dipertimbangkan  adalah  tertakluk  kepada  kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

(a) Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD) untuk Sekolah
Menengah   Harian, Sekolah   Menengah   Teknik dan   Program   Pendidikan   Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

8. Seseorang  yang  telah  ditawarkan  ke  Tingkatan  Enam  tetapi  berhasrat  untuk  bertukar sekolah  pusat  atas  sebab-sebab  tertentu,  seperti  mata  pelajaran  yang  ingin  diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya?
Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga  [Permohonan  Untuk  Bertukar  Sekolah  Oleh  Murid  Warganegara].  Serahkan  borang tersebut  kepada  Bahagian  (kecuali  Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah  Menengah Teknik)  /  Jabatan  Pendidikan  Negeri  (JPN)/  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  masing-masing  untuk  pertimbangan.  Sekiranya  pertukaran  melibatkan  pertukaran  daerah  /  negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin diMohon itu berada.

(a) Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD) untuk Sekolah
Menengah   Harian, Sekolah   Menengah   Teknik dan   Program   Pendidikan   Khas Integrasi
(b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
(c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan  Enam?
Bagi  murid  bukan  warganegara  ke  Tingkatan  Enam  adalah  merujuk kepada  seksyen  130 Akta   Pendidikan   1996   Peraturan-peraturan   Pendidikan   (Penerimaan   Masuk   Murid   ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan   mengisi   borang   P.U(A)275-Jadual   Pertama   yang   boleh   diperoleh   di   Unit Perhubungan  dan  Pendaftaran,  Sektor  Pengurusan  Sekolah,  JPN  (Sila  lihat Rujukan 2). 

Pastikan  segala  butiran  diisi  dengan  lengkap.  Dokumen - dokumen  yang  diperlukan  perlu disahkan  seperti  Surat Beranak  murid,  kad  pengenalan  murid,  ibu  dan  bapa  serta  paspot  murid,  ibu  dan  bapa.  Jika  ibu  bapa  murid  bekerja  di  negara  ini,  sila  kemukakan  bersama salinan  pas  pengajian,  salinan  pas  tanggungan  dan  surat  majikan  yang  telah  disahkan. 

Sekiranya  permohonan  bukan  dari  ibu  bapa  murid,  sila  kemukakan  dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan

10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?
Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?
Boleh  dengan  berpandukan  kepada  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bilangan  2  Tahun  2014  Etika Pakaian  Murid  Tingkatan  Enam.  Pakaian  murid  lelaki  ialah  baju  kemeja  berseluar  panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun abuh/  jenis  jubah/  maksi, two-piece/  three  piece  suit  pants lengkap  dengan  kasut  atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang  menggunakan  material  jenis  denim  tidak  dibenarkan.
Jeans, cargo  pants,  seluar pendek,  atau leggings tidak  dibenarkan.  Apa-apa  pakaian  yang  menutup  muka  tidak dibenarkan.  Murid  dilarang  memakai  kemeja-T  semasa  menghadiri  kelas.  Murid  hendaklah berpakaian  kemas,  sopan  dan  tidak  mencolok  mata.  Pakaian  yang  jarang  dan  ketat  juga tidak  dibenarkan. Walau  bagaimanapun,  murid  juga  boleh  mengenakan  pakaian  seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

12. Saya   telah   menolak   tawaran   Matrikulasi/IPTA/IPTS,   bolehkah   saya   memohon   ke  Tingkatan Enam?
Calon yang  menolak  tawaran  Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat  rayuan  ke Jabatan Pendidikan  Negeri  berkenaan  menggunakan borang T6BRU. Borang  permohonan  yang lengkap  hendaklah  dihantar  ke  Jabatan  Pendidikan  Negeri  sebelum  tarikh  yang  telah ditetapkan.  Kegagalan  berbuat  demikian  akan  menyebabkan  permohonan  anda  tidak dipertimbangkan. 

13. Saya  tidak  menamatkan  pengajian  di  Matrikulasi/IPTA/IPTS,  bolehkah  saya  merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Calon tidak  menamatkan  pengajian  di Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat  rayuan  ke
Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 4 Jun  2015. Kegagalan  berbuat  demikian  akan  menyebabkan  permohonan  anda  tidak dipertimbangkan.

14. Saya  telah  ditawarkan  ke Tingkatan  Enam,  bolehkah  saya  memohon  penangguhan kerana  kerjaya/kursus/masalah peribadi/kesihatan?
Tiada  penangguhan/  pengulangan  untuk  masuk  ke  Tingkatan  Enam.  Calon  hanya  boleh masuk ke Tingkatan  Enam  bermula dengan Penggal  Satu  (1)  setiap  tahun.  Jika anda tidak menerima  pada  tawaran  pada  tahun  semasa,  bermakna  anda  menolak  tawaran  tersebut. Bagi  calon  yang  menolak  tawaran  pada  tahun  semasa anda boleh  membuat  permohonan rayuan  memasuki  Tingkatan  Enam  pada  tahun  berikutnya  tertakluk  kepada  syarat  am  dan syarat  khas  yang  telah  ditetapkan  serta  kekosongan  tempat  di  Sekolah  Pusat  Tingkatan Enam

15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
Permohonan  ke  Tingkatan  Enam  boleh  dimohon  menerusi  Sekolah  Integriti  masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.


Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015"

Post a Comment