Siaran Langsung Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3 2015 - Qiss.me

Siaran Langsung Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3 2015

Live Streaming Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3 2015. Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB), sebuah rancangan baru dengan gabungan dua genre iaitu lawak dan nyanyian bakal bersiaran secara langsung dan menemui penonton dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula Ahad, 12 April 2015 pukul 9 malam di TV3.  

Live streaming QPBBB di Qu Puteh

QPBBB akan menyaksikan enam peserta termasuk seorang peserta solo yang dicungkil dari pertandingan Bintang Mencari Bintang (BMB). Kemunculan program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang adalah sebagai pemanas sebelum musim ketiga BMB menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Tiga peserta daripada setiap musim BMB dipilih untuk menampilkan dua genre iaitu lawak dan nyanyian sebagai cabaran buat mereka untuk bersaing merebut hadiah wang tunai di mana pemenang utama akan menerima wang tunai RM50,000.

Senarai peserta termasuk enam kumpulan juga peserta solo bakal menyertai pertandingan seperti berikut :-
1) Achey (juara BMB)2) Abam dan Fad (Bocik)3) Ammar dan Issey (Titan)4) Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2)5) Ariff dan Kamal (Sumbu)6) Chiwan dan Achik (Chilok)
Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3

Informasi Program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) 2015
- Bermula 12 April 2015 dengan 10 minggu episod. 

- 4 peserta akan layak ke final pada 14 Jun 2015
- RM10,000 akan diberikan kepada juara mingguan setiap minggu
- Format : persembahan sketsa komedi selama empat minit dan nyanyian dua minit mengikut tema diberikan.
- Penaja utama : Vida Beauty
- Juri : Pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman bersama dua juri jemputan setiap minggu.
- Hos : AG dan Yana Samsudin. Fizie (Hot FM) pengacara disebalik tabir.
- Permarkahan : Sebanyak 50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Siaran Langsung Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3 2015"

Post a Comment