Siapa Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas? - Qiss.me

Siapa Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas?

Biodata Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas. Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini masih lagi menjadi misteri. Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang pada awalnya kini disahkan sebagai seorang kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.Pada insiden Sabtu lalu, enam orang termasuk seorang wanita misteri, Aidana Baizieva terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang. 

Biodata Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.
Aidana Baizieva
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’. Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

Terkini dipetik dari mStar Online, jasad seorang warganegara Kyrgystan, Aidana Baizieva yang terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu telah dituntut seorang wanita dipercayai ahli keluarga atau rakannya di Hospital Kuala Lumpur hari ini . Difahamkan wanita terbabit tiba untuk menuntut jasad Aidana pada jam 10.45 pagi tadi. Wanita itu dipercayai ditemani seorang lelaki dari kedutaan Kyrgystan di Kuala Lumpur. Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," 

Kedutaan Kyrgystan kini dalam proses mengumpul maklumat lanjut dan akan memberi perkembangan tentang identiti sebenar Aidana selepas mengemas kini butirannya.

Terkini 
Identiti mangsa keenam berstatus "Tidak Diketahui" yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.

Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway. Aidena Braizieva kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, berkata berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi nahas di sini , sebentar tadi - BH online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel terkait

0 Orang Menanggapi Artikel "Siapa Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas?"

Post a Comment